
ULANG tahun perkahwinan bukan sekadar tarikh kalendar, tetapi satu peringatan indah tentang janji dan akad yang diungkapkan pada hari pernikahan.
Setiap tahun membawa makna tersendiri yang pastinya hadir dengan pelbagai cabaran dalam mengenali hati budi masing-masing.
Pasangan tua mahupun muda, momen bersejarah tersebut sebaiknya diraikan bagi menyemarakkan lagi rasa cinta dan kasih terutamanya pasangan yang sudah bertahun lamanya mendirikan rumah tangga.
BACA LAGI: Usia lebih separuh abad tak halang bintang Hollywood Demi Moore diiktiraf tercantik dunia
BACA LAGI: [VIDEO] Terpaksa tinggalkan bayi 3 bulan, wanita kongsi pengalaman 'breastfeed' ketika tunai haji
Tidak semestinya disambut meriah dan serba mewah, paling penting adalah keikhlasan dan kasih sayang disematkan dalam setiap cara pasangan meraikannya.
Situasi itu cukup ideal digambarkan menerusi perkongsian seorang individu di laman TikTok, @annuaraziz yang tampil romantik dalam menyambut ulang tahun perkahwinannya di sebuah hotel ibu negara baru-baru ini.
Lebih manis apabila sambutan itu merupakan kali pertama sejak 22 tahun mendirikan rumah tangga.
Turut meraikan hari istimewa tersebut di samping seisi keluarga, ia disambut dengan tangisan kegembiraan yaang nyata mengukir senyuman di hati si isteri.
Dirancang oleh anak-anaknya, hiasan meja konsep ala-ala candle light dinner itu bertambah romantik apabila suamninya menghadiahkan sebentuk cincin dan sejambak bunga ros merah pada malam tersebut.
Mengukir senyuman ramai, warga maya rata-ratanya amat mengagumi usaha dan jalinan kasih sayang dibentuk dalam keluarganya.
"Alhamdulillah yang penting effort sang suami, isteri tak mintak pun tapi bila dapat momen macam ni memang akan auto terharu kerana rasa sangat dihargai," kata salyn967.
"Happy anniversary, seronok bercampur sedih aku tengok tapi suka sebab surprise isteri dia, memang terbaik suami dan anak-anak," ujar tawell.
"Beruntung sangat kalau dapat pasangan yang setia, jujur dan ikhlas hargai isteri, tahniah kak semoga bahagia hingga akhir hayat," tambah Lieza.
Justeru, ulang tahun perkahwinan bukan hanya tentang dua individu, bahkan ia sarat dengan kisah percintaan yang dibina dengan pengorbanan, kepercayaan serta kesetiaan.
Semoga setiap pasangan terus menghargai satu sama lain dan ulang tahun ini menjadi titik mula untuk kemanisan yang lebih indah pada masa akan datang. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram