[VIDEO] Calon STPM di Langkawi sanggup redah hujan buat ‘part time’ lepas sekolah, bantu ringan beban ibu tunggal


  • Sukses
  • Sabtu, 25 Okt 2025

Danny masih tersenyum meskipun terpaksa meredah hujan ketika bekerja sambilan di kedai kopi berkenaan.

PENGORBANAN kerap kali dilakukan anak-anak dalam usaha meringankan beban keluarga meskipun terpaksa mengerah kudrat dan mengorbankan waktu rehat.

Jalan yang sering diambil adalah dengan bekerja sambilan selepas masa persekolahan yang walaupun upahnya tidak seberapa, ia dapat memberi sedikit bantuan.

Itulah apa yang dilakukan seorang pelajar Tingkatan Enam yang bekerja di sebuah kedai makan berkonsepkan kopi di Langkawi, Kedah yang sanggup berusaha keras demi keluarga.

BACA LAGI: Pelepasan cukai sehingga RM1,000 sokong pelancongan domestik, Langkawi jadi destinasi 'geotourism'

BACA LAGI: Kerajaan hadkan pengecualian cukai kenderaan di Langkawi, Labuan mulai 2026

Dalam video dikongsikan Maya Rayyan di Facebook, individu dimaksudkan bernama Danny sanggup meredah hujan kerana tidak mahu membebankan ibunya.

"Danny, pelajar Tingkatan Enam selepas sekolah, dia akan bekerja sambilan di Kopi Kampung untuk cari duit belanja sekolah, tak mahu bebankan ibunya yang merupakan ibu tunggal

"Anak yang sangat-sangat rajin dan bertanggungjawab. Sangat pintar dan bijak, sekarang belajar Tingkatan Enam, cita-cita nak jadi seorang guru," tulisnya.

Meskipun terpaksa meredah hujan, pekerja berkenaan masih dapat tersenyum dengan semangat ditonjolkan itu menceritakan bagaimana dia amat berazam dalam mencari rezeki.

Hantaran tersebut jelas menyentuh hati pengguna Facebook yang kagum akan kesungguhan pelajar Tingkatan Enam terbabit dalam mengurangkan beban dipikul keluarganya.

"Semoga tercapai cita-cita Danny menjadi guru. Moga dipermudahkan segala urusan belajar, dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam peliharaan dan lindungan ALLAH," kata Rafizawati Ramli.

"Percayalah dik, pengalaman itu mendewasakan kita. Satu hari nanti, apabila adik dah berjaya, ada kerjaya sendiri, ada pendapatan yang bagus, jangan pernah lupa kepada ibu adik, santuni ibu sepertimana yang ALLAH perintahkan," kata Noraida Aida.

"Anak yang terbaik. Semoga ALLAH sentiasa melindungi dan merahmatimu dik. Semoga dipermudahkan segala urusan kamu satu keluarga," kata Maria Adam Danial. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram