Pelepasan cukai sehingga RM1,000 sokong pelancongan domestik, Langkawi jadi destinasi 'geotourism'


  • Bisnes
  • Jumaat, 10 Okt 2025

Pulau Langkawi kekal destinasi tumpuan pelancong. — Gambar hiasan

PELEPASAN cukai pendapatan individu sehingga RM1,000 diberikan atas perbelanjaan bayaran fi kemasukan ke pusat pelancongan tempatan dan kebudayaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia bertujuan bagi menggalakkan rakyat melancong dalam negara sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

BACA LAGI: Belanjawan Madani dijangka bawa khabar gembira buat penjawat awam, rakyat — KSN

BACA LAGI: INTERAKTIF: Dari biru cerulean hingga pink, ini warna baju Melayu pilihan pembentang belanjawan sejak 1998

Anwar berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2026, bajet pertama di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dengan peruntukan jumlah sebanyak RM470 bilion.

Pada masa sama, Anwar berkata, Pulau Langkawi kekal destinasi tumpuan pelancong. 

Katanya, produk geopelancongan akan dibangunkan iaitu Kilim Geoforest Park, trail kembara Gua Selat Panchor dan geotrail pendakian di Langkawi UNESCO Global Geopark. — Majoriti 

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram