KERAJAAN bercadang menghadkan pengecualian cukai kenderaan di Langkawi dan Labuan hanya kepada kenderaan bernilai tidak melebihi RM300,000 bermula 1 Januari 2026.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu diambil bagi mengelakkan ketirisan ekoran terdapat segelintir pemilik kenderaan mewah yang mengambil kesempatan terhadap kemudahan berkenaan.
“Kerajaan mendapati ada pemilik kenderaan mewah yang sejak sekian lama menyalahgunakan pengecualian cukai di Langkawi dan Labuan.
“Bagi menangani isu ini, kerajaan mencadangkan supaya had nilai kenderaan bagi pengecualian cukai ditetapkan tidak melebihi RM300,000,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Madani 2026 di Dewan Rakyat pada Jumaat. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
