Lahir, dibesarkan di Jerman, pasangan kembar gigih kuasai bahasa Malaysia, kongsi trip jalan-jalan serata negara


  • Bonda
  • Sabtu, 25 Okt 2025

Pasangan kembar berkongsi perjalanan mereka mendalami bahasa Malaysia selepas menetap sekian lama di Jerman.

WALAUPUN lahir dan dibesarkan di Jerman, pasangan kembar Marissa dan Maria kini semakin dikenali dalam kalangan pengguna media sosial apabila gemar berkongsi rutin harian dan pengalaman melancong di serata dunia.

Terbaharu, kembar berusia lingkungan 20-an itu sedang dalam usaha mempelajari Bahasa Malaysia sambil berkongsi rutin harian bergelar pelajar di sana.

Menerusi siri video di Instagram, pasangan kembar itu berkongsi perjalanan mereka mempelajari bahasa ibunda sebelah ibunya dengan harapan dapat berkomunikasi lebih mudah seperti warga tempatan.

BACA LAGI: 'Tak bagi kerja, kena makan makanan sihat', anak autisme pempengaruh 'berleter' lepas tahu ibu hamil, 10 tahun tunggu nak adik

BACA LAGI: Reda bukan rezeki kembar, hanya satu janin selamat, Bella Park alami 'vanishing twin syndrome'

“Kami membesar dengan bahasa Jerman dan tidak begitu fasih berbahasa Melayu, hanya mula belajar sekitar umur 10 tahun.

"Lepas tu lama berhenti, tapi di universiti kami ambil kursus Bahasa Indonesia, sejak itu makin banyak belajar cuma kami nak lebih lancar dan kedengaran lebih local,” ujarnya.

Menurutnya, usaha itu bukan sekadar demi menambah kemahiran berbahasa, tetapi juga untuk mendekatkan diri dengan akar dan budaya Malaysia, yang secara tidak langsung menjadi sebahagian daripada identiti mereka.

"Bahasa Malaysia ni tak susah, cuma kena konsisten, sebab tu kami mulakan siri ini dan kalau anda nak ikut perjalanan kami belajar Bahasa Malaysia, sangat dialu-alukan," tambahnya.

Dua beradik kembar itu difahamkan sedang menuntut pengajian dalam bidang pengurusan perniagaan (business management) di sebuah universiti Jerman.

Mereka kali pertama menjejakkan kaki ke Malaysia adalah pada 2014, sebelum kembali semula pada 2022 selepas difahamkan menjalani pengajian luar negara di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.

Selain perkongsian pembelajaran bahasa, mereka gemar memaparkan gaya hidup santai, pengalaman bercuti ke pelbagai destinasi di Eropah dan Asia, serta keunikan serta perbezaan budaya antara Malaysia dan negara dikunjungi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram