Taktik warga asing di pasar raya, tengah 'video call' kawan, sambil ekori, rekod pelanggan wanita


  • Maya
  • Selasa, 21 Okt 2025

Wanita sering kali menjadi mangsa gangguan warga asing khususnya di tempat awam. — Gambar hiasan/Janaan AI

ISU gangguan seksual sudah menjadi kelaziman dalam kalangan wanita tempatan khususnya melibatkan pelaku warga asing.

Tidak dinafikan bukan semua golongan itu terpalit kes berkenaan, namun segelintir daripadanya sering kali ditangkap berpelakuan tidak senonoh seperti yang disiarkan di dada akhbar kebelakangan ini.

Berkongsi pengalaman diganggu individu tersebut, @zulyzafira di laman Threads mendedahkan beberapa taktik dan modus operandi pelaku yang gemar menjalankan kegiatan itu di pasar raya.

BACA LAGI: Duduk pangsapuri pun boleh tanam padi, Desaru Fruit Farm cipta inovasi guna botol, semai minat pertanian anak muda

BACA LAGI: 'Zaman sekarang perempuan serba boleh', ibu dorong anak ceburi sukan motocross seawal usia 5 tahun

Rentetan insiden bermula di kawasan gerai sebuah pasar raya, bila mana menyedari dirinya diperhatikan dari jauh oleh sekumpulan lelaki warga asing yang didakwa mempunyai niat tidak baik.

"Kebanyakan mereka dekat luar jual baju, bantal, kacang semua tu. Kalau kau lalu cuba pandang sekilas mereka akan pandang sampai kau hilang daripada pandangan ya.

"Dan mereka jenis berani, kalau terpandang waktu mereka pandang kau pun, mereka takkan alih pandangan," katanya di laman Threads.

Di satu situasi lain di sebuah pasar raya besar, Zuly mendakwa terasa seperti disentuh pada bahagian punggung ketika berada di laluan yang luas.

Terbaharu, Zuly sekali lagi menjadi mangsa gangguan di sebuah pasar raya dekat Nilai, Negeri Sembilan apabila dirakam dengan sengaja oleh seorang lelaki warga asing.

“Saya perasan dia ikut pergerakan, telefon dia asyik menghala ke arah saya, saya terus bersuara dan barulah dia beredar.

"Dia tengah video call dengan kawan-kawan, pusing-pusing kat situ few times sambil buat pilih roti tapi aku perasan something curious, aku perhatikan dia juga tapi dia tak perasan aku perhati dia sebab dia tengah sibuk borak.

"Even dengan telefon pun macam-macam cara dorang nak harass, selalu kita dengar video recording je kan, tapi dorang advance, video call ramai pun boleh jadi, share pemandangan 'indah'," ujarnya.

Zuly turut menitip nasihat buat wanita agar tidak mudah bersangka baik sebaliknya mengambil langkah proaktif seperti berani menegur, mendapatkan bantuan orang sekitar atau menghubungi pihak keselamatan pasar raya jika berdepan situasi serupa.

Pendedahannya secara tidak langsung mengangkat isu keperluan kewaspadaan di tempat awam dan kepentingan tindakan segera apabila berdepan gangguan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram