
BUKAN semua ibu bapa berani membawa bayi dan anak kecil menaiki pesawat kerana khuatir si manja meragam, menangis atau sukar diurus ketika dalam penerbangan.
Namun, bagi pempengaruh Sharifaheleen, pengalaman melancong ke 15 negara bersama dua anaknya yang berusia bawah dua tahun cukup mudah dan sempurna.
Menurutnya, tidur anak adalah kunci utama untuk memastikan ibu bapa dapat berehat sepanjang penerbangan panjang.
BACA LAGI: 'Zaman sekarang perempuan serba boleh', ibu dorong anak ceburi sukan motocross seawal usia 5 tahun
Tampil berkongsi tip dan panduan mudah membawa anak bercuti menaiki pesawat, wanita yang mesra disapa Eleen itu turut memberi jaminan ibu bapa juga akan lebih relaks ketika dalam penerbangan.
"Ramai sangat tanya macam mana nak handle anak dalam flight, kalau ikut rutin ni, Insya-ALLAH anak cepat tidur, mak ayah pun boleh relaks," katanya di laman Instagram.
Eleen dan suami telah mengembara ke 15 destinasi pelancongan luar negara bersama anak-anaknya.
1. Pilih waktu tidur anak
Eleen menasihatkan ibu bapa menempah tiket pesawat yang hampir sama dengan rutin tidur harian anak.
- Dua jam sebelum berlepas jangan bagi anak tidur.
- Biar mereka bermain sepuasnya dan habiskan tenaga.
- Layan karenah dan bagi si kecil bermain sebelum pesawat berlepas.
2. Sediakan anak sebelum berlepas
Bagi memastikan anak selesa sepanjang penerbangan, Eleen berkongsi beberapa langkah perlu dilakukan dalam tempoh 20 minit sebelum menaiki pesawat:
- Tukar lampin siap-siap.
- Bagi makan sampai kenyang.
- Kurangkan pemberian susu di lapangan terbang.
Katanya, perkara itu bertujuan supaya anak lebih berselera menyusu di dalam pesawat dan mudah tidur tidak lama selepas berlepas.
3. Take-off: Masa kritikal alih perhatian anak
Anak usia kanak-kanak biasanya cepat meragam ketika dalam pelepasan penerbangan kerana perlu memakai tali pinggang keselamatan.
Justeru, Eleen mencadangkan agar ibu bapa membawa mainan, buku atau apa sahaja yang mampu mengalihkan perhatian si kecil supaya mereka tidak tantrum dan menangis.
"Naik je flight tenaga anak akan berkurang sebab dah kenyang makan dan main, tak sampai 20 minit terus lelap dalam flight, cepat bagi anak susu Insya-ALLAH dia akan tidur," ujarnya.
4. Susukan anak agar mudah tidur
Apabila anak menunjukkan tanda-tanda mengantuk ketika dalam penerbangan,si ibu digalakkan segera susukan mereka serta-merta.
Menurutnya, cara tersebut lazimnya berupaya membuatkan si bayi tertidur antara satu hingga dua jam, sekali gus memberi ruang kepada ibu bapa untuk berehat.
"Bila selalu bawa travel, anak lebih behave, let them see the world, lama-lama, mereka akan behave sendiri dan perjalanan makin mudah," ujarnya mengakhiri perkongsian.
Apa jua destinasi yang dituju, pengalaman melancong bersama anak sebenarnya boleh menjadi memori terindah buat seisi keluarga.
Dengan perancangan awal dan kesabaran, perjalanan yang kelihatan mencabar boleh bertukar menjadi lebih tenang serta menyeronokkan buat seisi keluarga dengan percutian yang lebih bermakna. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram