RM15 juta diperuntuk perkasa Program Peluang Kedua, bantu bekas banduan wanita, bekas penagih mulakan hidup baharu


  • Sukses
  • Jumaat, 10 Okt 2025

Inisiatif itu bertujuan membantu golongan berkenaan membina semula kehidupan melalui sokongan kewangan dan peluang keusahawanan. — Penjara Wanita Kajang

SEBANYAK RM15 juta diperuntukkan bagi memperkasa Program Peluang Kedua, yang bakal memberi manfaat kepada kira-kira 1,700 individu termasuk bekas penagih dan bekas banduan wanita.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, inisiatif itu bertujuan membantu golongan berkenaan membina semula kehidupan melalui sokongan kewangan dan peluang keusahawanan.

“Peruntukan ini termasuk untuk bekas penagih di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) dan 3,000 bekas banduan wanita yang tidak mendapat sokongan keluarga," katanya.

BACA LAGI: Kerajaan peruntuk RM50 bilion kemudahan pinjaman dan jaminan untuk usahawan tahun hadapan

BACA LAGI: Makin ramai wanita bergelar usahawan, tapi bisnes lambat berkembang, punca pandang remeh 3 perkara ini

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2026 Malaysia Madani di Dewan Rakyat pada Jumaat. 

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan itu menambah, sejak Mac 2023, 200,000 rakyat telah bebas daripada belenggu bankrap. 

"Bagi membela ibu bapa tunggal yang menanggung anak, usahawan mikro terkesan krisis, mangsa scam dan projek terbengkalai, Dasar Peluang Kedua Fast Track diperkenalkan untuk mempercepat proses melalui kaedah lebih ringkas dan bersasar.

"Saya menyeru lebih banyak syarikat swasta tampil menjayakan ikhtiar peluang kedua," ujarnya lagi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram