'Bila tengok mereka kena tangkap, torture, saya tak kuat', Elfira Loy pernah berhasrat 'join' Sumud Flotilla, kagum semangat sukarelawan


  • Bonda
  • Selasa, 07 Okt 2025

Elfira amat mengagumi semangat perjuangan serta pengorbanan dipamerkan kesemua wakil Malaysia pada misi GSF di Gaza.

PELAKON dan usahawan Elfira Loy, meluahkan rasa kagum atas keberanian sukarelawan yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla ke Gaza baru-baru ini.

Elfira, 31, mengakui pada awalnya beliau pernah terdetik ingin menyertai misi tersebut kerana merasakan pengalaman itu sesuatu yang berharga dan penuh makna.

"Masa awal-awal mereka start Sumud Flotilla, nampak macam best je, semangat! Sampai kami ada berbual 'nak tak pergi Gaza' dan saya cakap, nak! El nak experience tu, Insha-ALLAH kuat," kongsinya di laman Threads.

BACA LAGI: Penyayang dan akrab bagai keluarga sendiri, 'babysitter' asal Kota Bharu jadi pilihan ibu bapa mat saleh Eropah

BACA LAGI: Setiap posisi maksud berbeza, 6 kedudukan bayi dalam rahim penentu ibu mudah bersalin atau tidak

Namun, perasaan itu berubah apabila pemilik nama sebenar, Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, melihat situasi para aktivis yang ditangkap dan diseksa ketika melaksanakan misi kemanusiaan tersebut.

Malah, dirinya mulai sedar bahawa perjuangan membantu rakyat Gaza bukanlah semudah yang disangka.

"Tapi bila tengok mereka kena tangkap dan torture SubhanALLAH, tak nak, takut, tak kuat, anak-anak, keluarga pun mereka kacau, perjuangan mereka memang tak mudah, mereka pertaruhkan hidup.

"Memang rasa bersalah kalau kita tak buat apa-apa dan tak boikot," ujarnya.

Elfira dalam masa sama turut mengakui dirinya berasa bersalah melihat keberanian mereka yang sanggup menggadai nyawa demi kemanusiaan, sedangkan ramai di luar sana hanya mampu memerhati.

Pengakuan jujur Elfira itu nyata mencerminkan keprihatinan selebriti tanah air terhadap isu kemanusiaan di Gaza sekali gus menjadi peringatan buat masyarakat agar terus menyokong perjuangan dilakukan.

Global Sumud Flotilla

Global Sumud Flotilla (GSF) adalah merupakan inisiatif kemanusiaan antarabangsa yang menghimpunkan aktivis dari lebih 40 buah negara bagi tujuan menamatkan sekatan laut rejim Zionis terhadap Gaza dan menghantar bantuan asas kepada penduduk di sana.

Misi itu disertai lebih 500 sukarelawan antarabangsa menaiki 40 kapal di bawah koordinasi beberapa gabungan seperti Freedom Flotilla Coalition, Global Movement to Gaza, Maghreb Sumud Flotilla dan Sumud Nusantara.

Malaysia turut memainkan peranan besar apabila menghantar 34 wakil dalam misi tersebut dan daripada jumlah itu, seramai 23 aktivis meneruskan pelayaran ke zon utama (Red Zone) manakala selebihnya berada di kapal pemerhati dan pasukan sokongan.

Antara kapal yang membawa delegasi Malaysia termasuk Fair Lady, Free Willy dan Inana, yang turut menempatkan beberapa tokoh tempatan seperti Ustaz Muhammad Abdullah, Zainal Rashid Ahmad, Muhammad Hareez Adzrami dan Dr Taufiq Mohd Razif.

Bagaimanapun, beberapa kapal lain seperti Estrella dan Mikeno dilaporkan terputus hubungan selepas dipercayai dipintas oleh pasukan keselamatan rejim. Antara individu di atas kapal berkenaan ialah PU Rahmat, Norhelmi, Mohd Asmawi, Norazma dan pelakon Ardell Aryana.

Kesemua mereka yang menyertai menyertai misi tersebut walau bagaimanapun dijangka berlepas pulang ke tanah air selepas mereka selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul, Turkiye pada Ahad. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram