
GAYA pemakaian tudung wanita Malaysia sering mencuri perhatian kerana kelihatan rapi, kemas dan tidak mudah senget walaupun dipakai sepanjang hari.
Hal itu disuarakan oleh seorang pelajar asal Indonesia ini yang tampil menyuarakan persoalan berkaitan tip dan rahsia di sebalik perkara tersebut.
Menerusi perkongsian di laman Instagram, Syifa Nadya berjaya merungkai isu berkenaan ekoran perkongsian daripada rakannya yang juga difahamkan merupakan seorang pelajar tempatan.
Jelasnya, fesyen dan kualiti tudung di Indonesia agak berbeza dari segi kualiti serta fabriknya yang kurang memuaskan berbanding di Malaysia.
Menjawab pertanyaan itu, berikut merupakan tiga tip dan cara mengekalkan kekemasan hijab dikongsikan menerusi video hantaran tersebut.
1. Seterika wap
Ramai wanita Malaysia memilih untuk menggosok kain tudung dengan wap berbanding seterika biasa kerana hasilnya lebih kemas, cepat dan tidak merosakkan fabrik.
2. Pilih fabrik chiffon halus tapi berat
Tudung jenis chiffon dengan tekstur halus tetapi sedikit berat menjadikan ia kelihatan jatuh terletak (flowy) dan tidak mudah berkedut atau tertarik keluar dari bentuk asal.
3. Anak tudung tidak licin
Inner atau anak tudung yang tidak licin membantu tudung melekat kemas di kepala dan mengelakkan ia mudah bergeser, terutama ketika banyak pergerakan.
Gaya bertudung wanita Malaysia bukan sahaja soal fesyen, tetapi mencerminkan disiplin dan perhatian terhadap penampilan seharian.
Rahsia seperti pemilihan fabrik, cara penjagaan tudung hingga penggunaan inner yang sesuai menjadi faktor penting yang mungkin nampak remeh tetapi memberi kesan sangat besar.
Maka, tidak hairanlah tudung rapi wanita Malaysia sering menjadi inspirasi dan simbol identiti yang penuh keyakinan di mata dunia. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram