Klasik dan eksklusif untuk majlis 'black tie', Arunsayfulldesiree reka gaun istimewa buat anakanda Tengku Permaisuri Selangor


  • Gaya
  • Khamis, 02 Okt 2025

Pereka tempatan, Arunsayfulldesiree diberi penghormatan menghasilkan sebuah gaun bertemakan black-tie untuk Nur Amanda dalam satu majlis rasmi baru-baru ini.

PEREKA fesyen tempatan Arunsayfulldesiree diberi penghormatan menghasilkan sebuah gaun couture untuk Nur Amanda, anakanda Tengku Permaisuri Selangor, dalam satu penampilan rasmi baru-baru ini.

Perkongsian itu dimuat naik menerusi hantaran di Instagram yang disifatkan sebagai pengiktirafan penting buat jenama tempatan.

Jelasnya, gaun tersebut direka khusus mengikut tema black tie menekankan siluet elegan, potongan halus dan kemasan couture yang rapi.

BACA LAGI: Ibu hamil jangan abai 3 bacaan kritikal dalam buku 'pink', petunjuk bayi sihat atau tidak

BACA LAGI: Imran Aqil kesal 'selfish' demi kejar impian IRONMAN 70.3, pentingnya jujur, komunikasi dalam hubungan suami isteri

"A couture black tie creation for Nur Amanda, daughter of DYMM Tengku Permaisuri Selangor.

"Satu penghormatan untuk menghasilkan busana gaun indah ini, terima kasih kerana memilih Arunsayfulldesiree untuk merealisasikan perkara ini," ujarnya.

Perincian material dan sulaman halus atau aplikasi manik tidak dinyatakan secara penuh di ruangan kapsyen namun hantaran itu menegaskan rekaan tersebut merupakan karya khusus buat Nur Amanda.

 

 

Rekaan eksklusif dan identiti pereka

Arunsayfulldesiree dikenali sebagai label couture tempatan yang sering mengetengahkan teknik jahitan tangan, hiasan mewah serta rekaan custom-made untuk figura berprofil tinggi.

Berpusat di Kuala Lumpur, jenama itu juga aktif mempamerkan koleksi couture di pentas Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW), menjadikannya salah satu pereka muda yang menonjol di barisan hadapan industri fesyen tempatan.

Dengan pencapaian yang semakin berkembang, Arunsayfulldesiree dilihat mampu membawa nama fesyen tempatan ke peringkat serantau, malah berpotensi menembusi pasaran antarabangsa dengan rekaan eksklusifnya.

Sekadar info, Nur Amanda ialah anak sulung Tengku Permaisuri Norashikin hasil perkahwinan terdahulu dengan Mustapha Kamal Halim.

Beliau sebelum ini mencatat pencapaian membanggakan apabila berjaya menamatkan pengajian peringkat Master of Engineering (MEng) dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal dari University of Bristol, United Kingdom. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram