
KHABAR gembira buat keluarga usahawan ternama tanah air apabila Chryseis Tan, anak kepada ahli perniagaan terkenal Tan Sri Vincent Tan, bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi.
Detik istimewa itu diraikan dalam sebuah majlis gender reveal serba meriah bertemakan little bunny dihiasi corak warna pastel yang lembut serta elegan diadakan baru-baru ini.
Suasana bertukar penuh keterujaan apabila belon biru dilepaskan, menandakan bayi lelaki bakal melengkapkan kehidupan pasangan Chryseis dan Faliq Nasimuddin.
BACA LAGI: 'Turning point kembali kepada ALLAH', Mia Ahmad kongsi cabaran besarkan anak sulung autisme
Turut kelihatan pada majlis tersebut ialah figura korporat tersohor, Tan Sri Vincent Tan sendiri yang hadir menyaksikan momen bermakna bersama seisi keluarga dan kenalan rapatnya.
Kehadirannya jelas mencerminkan sokongan dan keterujaan seorang datuk yang menanti kedatangan cucu baharu dalam keluarga besarnya tidak lama lagi.
Perkahwinan Chryseis Tan dengan Faliq Nasimuddin pada 2018 mencuri perhatian ramai kerana ia merupakan penyatuan dua keluarga berpengaruh keluarga Tan yang terkenal dengan empayar Berjaya Corporation dan keluarga Allahyarham Tan Sri Nasimuddin Amin, pengasas Kumpulan Naza.
Faliq kini merupakan Pengarah Urusan Naza TTDI, syarikat pemaju hartanah terkenal di bawah kumpulan Naza.
Pasangan sama cantik sama padan itu bukan sahaja dilihat sebagai simbol cinta, tetapi juga penyatuan dua dinasti perniagaan yang terus mewarnai landskap ekonomi Malaysia.
Sekadar info, Chryseis dan Faliq sebelum ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Arianna Kyla, 5, Tan dan SM Arman Naz, 2.
Chryseis dan suaminya kini menanti kehadiran cahaya mata ketiganya tidak lama lagi.
Sebagai seorang ibu, Chryseis sering berkongsi momen kehidupan keluarga kecilnya di media sosial, yang acap kali menjadi perhatian ribuan pengikutnya.
Penampilannya yang tampil bergaya sederhana namun elegan menjadikannya antara figura wanita Malaysia yang sering menjadi inspirasi ramai.
Selain berasal daripada keluarga korporat ternama, Chryseis sendiri aktif dalam dunia keusahawanan dengan menerajui beberapa perniagaan selain pernah terlibat dalam pelancaran beberapa projek eksklusif di dalam dan luar negara.
Popularitinya turut melonjak melalui gaya hidup kosmopolitan yang dikongsikan di Instagram, namun di sebalik sorotan glamor itu, Chryseis dikenali sebagai seorang yang dekat dengan keluarga serta menitikberatkan peranan sebagai isteri dan ibu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram