
SETIAP pasangan suami isteri pasti mempunyai cara tersendiri dalam menzahirkan kasih sayang dan keharmonian rumah tangga.
Bagi selebriti dan usahawan terkenal Noor Neelofa Mohd Noor, 36, atau lebih mesra disapa Neelofa, momen indah itu hadir apabila dirinya menerima kejutan dan hadiah istimewa daripada sang suami.
Baru-baru ini, pemilik jenama pakaian Naelofar Hijab tersebut menerima hadiah berupa rantai tangan emas mewah daripada suaminya, pendakwah bebas Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz.
BACA LAGI: Hazwani Helmi kongsi kebaikan menutup aurat, keselamatan terpelihara walau bermusafir tengah lautan
Menerusi perkongsian di laman Instagram, Neelofa meluahkan rasa syukur dan gembira dengan pemberian tersebut yang dianggap penuh makna walaupun sekadar hadiah kecil.
"A little surprise from my husband, Alhamdulillah hadiah kecil tapi penuh makna I love it so much, thank you sayang for always thinking of me in the most thoughtful ways.
"Moga ALLAH bless you with endless rezeki, barakah in every step and protect our love in His care till Jannah, I love you loads lillahitaala," ujarnya.
Perkongsian Neelofa berkaitan pemberian gelang emas dari suaminya baru-baru ini. — Instagram/Neelofa
Paling mencuri perhatian adalah dua rantai emas jenama Louis Vuitton yang menghiasi pergelangan tangan Neelofa, masing-masing bernilai RM11,700 dan RM10,900, menjadikan jumlah keseluruhan mencecah RM22,600.
Latar belakang
Neelofa dan Haris Ismail mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dalam sebuah majlis penuh sederhana tetapi eksklusif yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka ibu negara.
Hasil perkahwinan, pasangan dua sejoli tersebut dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.
Sejak bergelar isteri dan ibu, Neelofa banyak berkongsi perjalanan kehidupannya yang lebih berfokus kepada keluarga, selain tetap aktif dalam dunia perniagaan dan keusahawanan.
Hubungan mesra bersama suami serta keharmonian rumah tangganya sering mendapat perhatian ramai kerana pasangan itu dilihat saling menyokong satu sama lain dalam pelbagai aspek kehidupan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram