
TULAR video memaparkan tindakan seorang lelaki dari India yang sanggup merantau sejauh lebih 5,000 kilometer (km) ke Indonesia untuk bertemu gadis suku Baduy di Banten.
Rakaman yang dimuat naik oleh akaun X milik @ZardSi itu menunjukkan vlogger berkenaan duduk berbual dengan seorang wanita Baduy di halaman rumahnya.
Namun, perbualan yang pada awalnya kelihatan santai bertukar mengejutkan apabila lelaki tersebut secara tiba-tiba melontarkan soalan berbentuk lamaran.
“Sudikah awak berkahwin dengan saya?” soal lelaki itu kepada wanita berkenaan.
Namun, wanita Baduy itu dengan tegas menolak permintaan tersebut.
“Tidak,” jawabnya ringkas sambil menggelengkan kepala.
Tindakan spontan lelaki itu mencetuskan pelbagai reaksi warga maya yang rata-ratanya terkejut dengan soalan berani tersebut, apatah lagi mereka baru pertama kali berjumpa secara bersemuka.
Bagaimanapun difahamkan, vlogger India itu sebenarnya sedang menghasilkan video berbentuk pendidikan mengenai sistem perkahwinan masyarakat Baduy.
Beliau ingin menunjukkan bahawa wanita Baduy dilarang berkahwin dengan lelaki dari luar suku mereka. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram