
DALAM budaya moden yang sering mengangkat perkahwinan dan percintaan sebagai simbol kebahagiaan, hakikatnya ramai individu kini menemui kepuasan hidup sebenar ketika memilih untuk kekal solo.
Pastinya ramai pernah merasakan diri tidak lengkap tanpa pasangan, lebih-lebih lagi apabila rakan-rakan mula berumah tangga dan media sosial dipenuhi berita pertunangan serta kelahiran bayi.
Namun bagi segelintir individu, selepas melalui proses refleksi, fasa paling bahagia dan penuh makna dalam hidup sebenarnya hadir ketika hidup bersendirian.
BACA LAGI: Saya 'enjoy' hidup solo, tapi pintu hati belum tertutup — Aishah
Jika pernah tertanya-tanya sama ada hidup sendiri membuatkan anda lebih bahagia, berikut lima tanda boleh menjadi jawapan.
1. Tidak perlukan pengiktirafan orang lain
Dalam hubungan, lumrah untuk mencari kepastian seperti 'Awak masih cintakan saya?' atau 'Saya cukup menarik ke tidak?'
Namun, jika anda berasa tenang tanpa perlu maklum balas sebegitu, itu bermakna anda sudah membina keyakinan dalaman yang kuat.
2. Jaga kebebasan dengan penuh tegas
Bagi sesetengah orang, kebebasan terasa kosong, tetapi untuk anda ia seperti udara yang memberi nafas.
Anda lebih gemar mengembara secara spontan, menukar rancangan pada saat akhir atau menumpukan masa pada minat sendiri tanpa perlu berunding.
3. Rasa lebih ringan tanpa drama perhubungan
Pertengkaran kecil sering menambah beban sewaktu dalam hubungan.
Namun, hidup solo membuatkan anda tersenyum lebih kerap, tidur lebih lena dan berasa lebih tenang tanpa drama yang membebankan.
4. Rasa diri lengkap, bukan separuh
Mitos masyarakat menyatakan, seseorang tidak sempurna tanpa pasangan.
Hakikatnya, apabila lebih bahagia hidup solo, anda tahu bahawa diri anda sudah lengkap.
Sesebuah hubungan mungkin menambah warna, tetapi ia tidak mendefinisikan siapa anda.
5. Bahagia tidak bergantung pada pasangan
Antara tanda paling jelas ialah menyedari bahawa saat paling bahagia dalam hidup tidak semestinya datang daripada pasangan.
Ia mungkin hadir melalui pencapaian kerjaya, persahabatan, perjalanan hidup atau sekadar menikmati ketenangan fikiran. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram