
PELAKON dan pengacara Elly Arifin mengakui tidak pernah berhenti mencari pasangan hidup sepanjang lima tahun menjalani kehidupan solo selepas berpisan dengan bekas suaminya, pelawak Jiggy Masin.
Katanya, statusnya tidak menjadi penghalang untuknya terus berkawan atau mencari calon suami baharu.
Menurutnya, pengalaman dalam dunia perkahwinan sebelum ini banyak mengajarnya supaya lebih berhati-hati memilih pasangan hidup.
BACA LAGI: Tak faham isyarat, kurang empati sosial punca anak autisme ada potensi membuli tanpa sengaja
BACA LAGI: Mimi Lana mohon doa dapat anak kembar, pakar bagi tip makan keledek, pantau kitaran ovulasi
Elly Arifin ketika menghadiri KLFW 2025 pada Jumaat lalu.
"Saya tak pernah serik untuk bercinta atau berkahwin, sentiasa berkawan dengan semua orang.
"Sudah semestinya kali kedua kita akan lebih berhati-hati dan memilih daripada segi tanggungjawab.
"Tidaklah saya pilih semberono sahaja. Sekurang-kurangnya kita perlu letakkan satu atau dua perkara penting untuk lelaki yang ada visi sendiri," katanya ketika ditemui di Musim Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) 2025 pada Jumaat lalu.
Ditanya pula tentang ciri-ciri lelaki yang menambat hatinya, Elly berkata usia bukanlah menjadi satu ketetapan buatnya.
Katanya, lelaki muda atau lebih berusia daripadanya tidak memberi masalah, asalkan dapat menggalas tanggungjawab sebagai suami.
"Sebenarnya saya tak kisah muda atau tua asalkan pemikiran dia sama dengan saya, ada persefahaman.
"Yang penting juga dia matang dan boleh galas tanggungjawan terutama bila nak hidup berdua.
"Sebab bukan semata-mata kahwin sahaja, saya ada pengalaman sebelum ini, jadi faham sedikit sebanyak tentang dunia perkahwinan," jelasnya.
Elly kembali aktif dalam dunia lakonan dan pengacaraan. — Instagram/Elly
Bagi Elly, persepsi masyarakat terhadap status janda kini jauh lebih terbuka berbanding dahulu yang penuh dengan dikriminasi.
"Dahulu, status 'J' mungkin dipandang berbeza, tetapi sekarang kita sudah standardkan semuanya.
"Status tidak menentukan nilai seseorang, sama ada janda, bujang atau duda, kita semua sama rata," jelasnya.
Tambahnya, walaupun terbuka untuk berkenalan, Elly tetap memilih untuk tidak terlalu mendedahkan hubungan secara terbuka di media sosial, sebaliknya mengutamakan privasi sehingga yakin hubungan itu benar-benar kukuh.
Sementara itu, Elly mendedahkan dirinya kini kembali aktif dalam bidang seni dan terlibat dalam sebuah siri psikotriller yang bakal menjalani penggambaran di Kuching, Sarawak.
Selain mengacarakan program di stesen televisyen, Elly turut aktif menjalankan kempen pemasaran sebagai Key Opinion Leader (KOL). — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram