[VIDEO] Gempa bumi magnitud 7.8 gegar Rusia, amaran tsunami ditarik balik selepas penilaian risiko


  • Benua
  • Jumaat, 19 Sep 2025

Gempa bumi kuat telah berlaku di berhampiran du Pantai Timur Kamchatka. — Facebook

SATU gempa bumi kuat berukuran magnitud 7.8 telah melanda pesisir timur Semenanjung Kamchatka, Rusia awal pagi Jumaat mencetuskan amaran tsunami di beberapa kawasan pantai Pasifik sebelum ia ditarik balik beberapa jam kemudian.

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa tersebut berlaku kira-kira 80 batu (128 kilometer) dari Petropavlovsk-Kamchatsky pada kedalaman cetek 10 kilometer menjadikannya berpotensi menghasilkan gelombang tsunami berbahaya.

Rakaman media sosial menunjukkan bangunan bergoyang dan kenderaan bergoncang akibat gegaran kuat itu.

BACA LAGI: Warden sahkan perpindahan pelajar ada kaitan kes Zara Qairina, tapi punca tak diketahui

BACA LAGI: Baju pendekar Melayu tak tepati syarat, ibu dakwa guru tak benarkan anak sertai pertandingan baju kebangsaan

Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran awal terhadap kemungkinan gelombang berbahaya di pesisir Rusia dan beberapa kawasan lain termasuk Alaska, Jepun dan Hawaii.

Namun, pihak berkuasa kemudian menarik balik amaran tersebut selepas penilaian lanjut menunjukkan risiko rendah terhadap banjir besar atau kerosakan meluas.

Gabenor Kamchatka, Vladimir Solodov menggesa penduduk agar kekal tenang dan mematuhi arahan keselamatan.

“Pagi ini sekali lagi menguji ketahanan penduduk Kamchatka,” katanya menerusi Telegram.

Semenanjung Kamchatka terletak di Lingkaran Api Pasifik, kawasan yang terkenal dengan aktiviti seismik dan gunung berapi.

Gempa tersebut berlaku hanya beberapa minggu selepas gegaran magnitud 8.8 melanda kawasan sama pada 29 Julai, yang turut mencetuskan amaran tsunami dan pemindahan penduduk di beberapa kampung pesisir.

Setakat ini, tiada laporan rasmi mengenai kematian atau kerosakan besar.

Namun, pihak berkuasa terus memantau kawasan terjejas dan bersiap sedia menghadapi kemungkinan gempa susulan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram