Denmark tak benar letak nama sesuka hati, ibu bapa perlu mohon kebenaran jika tiada dalam senarai diluluskan


  • Bonda
  • Rabu, 17 Sep 2025

Ibu bapa dibenarkan untuk memilih nama anak di dalam senarai yang diluluskan kerajaan di Denmark. — Gambar hiasan

SERING dianggap lokasi aman, bersih dan bebas rasuah namun, Denmark merupakan negara dengan undang-undang pemilihan nama bayi yang ketat.

Setiap kanak-kanak yang lahir di Denmark juga perlu diberi nama ketika mereka berusia enam bulan.

Ibu bapa bagaimanapun tidak dibenarkan untuk memilih sebarang senarai nama yang tidak diluluskan.

BACA LAGI: Tahan lasak, mudah urus, konsep 'facing brick' semakin jadi pilihan rumah moden

BACA LAGI: [VIDEO] Budak lelaki nangis, panik, ibu 'bawa' ke balai polis, terus janji tak buat lagi!

Close up young woman signing medical insurance service contract with chosen family doctor at consultation meeting in clinic office. Satisfied patient putting signature on paper document in hospital.

Setiap pemilihan nama perlu diluluskan oleh pihak kerajaan. — Gambar hiasan

Berdasarkan Agensi Undang-Undang Keluarga Denmark, terdapat kira-kira 23,000 nama bayi lelaki dan 28,000 perempuan manakala sebanyak 1,500 digunakan untuk kedua-dua jantina.

Undang-undang ketat itu dilaksanakan bertujuan bagi melindungi kanak-kanak daripada memiliki nama ganjil.

Terdapat sebanyak 7,000 senarai nama diluluskan yang boleh dipilih para ibu bapa.

Tetapi, mereka perlu mendapatkan kebenaran khas daripada gereja tempatan sekiranya ingin memilih nama yang tiada di dalam senarai berkenaan.

Nama tersebut kemudiannya perlu disemak oleh pegawai kerajaan seperti undang-undang di Jerman yang perlu menyatakan jantina anak pertama serta bukanlah nama keluarga.

Menurut profesor di Institut Pengajian Nordik dan Linguistik Universiti Copenhagen, Denmark, Michael Lerche Nielsen, undang-undang melibatkan nama keluarga ternyata sudah dilaksanakan sejak 1904.

Ia mula diperkenalkan apabila terdapat peningkatan jumlah perceraian dan sesetengah wanitanya yang ingin mendapatkan semula nama keluarga mereka. 

"Kemudian, mereka perlu menulis surat kepada raja secara langsung untuk mendapatkan kelulusan," jelasnya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebookInstagramWhatsApp Channel dan Telegram