Aneka gaya rai Hari Malaysia, anak muda melaram jadi pahlawan Melayu, Minangkabau


  • Gaya
  • Selasa, 16 Sep 2025

Antara pakaian tradisional yang digayakan oleh golongan muda sekitar acara Keretapi Sarong 2025 pada Sabtu lalu.

ACARA tahunan Keretapi Sarong 2025 pada Sabtu lalu sekali lagi menyaksikan keunikan fesyen masyarakat majmuk Malaysia.

Rata-ratanya terutama golongan muda tampil kreatif menggayakan busana tradisional daripada pelbagai kaum, bangsa dan etnik di negara ini.

Di sebalik suasana riang dengan muzik rakyat yang bergema sepanjang hari di sekitar ibu kota, persalinan mereka juga sekali gus menonjolkan identiti budaya masing-masing.

BACA LAGI: Generasi baharu makin celik tradisi, ramai cakna makna di sebalik sambutan Hari Malaysia

BACA LAGI: Haram 'tadah' wajah dirias jurusolek lelaki kecuali darurat, jangan buka ruang fitnah

 

 

 

Selain mengenakan baju kurung klasik, ada juga yang mencuri perhatian dengan busana tradisional warga Borneo.

Tidak kurang juga wanita berbangsa India dan Cina yang kelihatan anggun berpakaian kebaya klasik.

Lebih menari apabila terdapat segelintir peserta tampil dalam busana Minangkabau dari Negeri Sembilan yang mungkin jarang sekali dipertontonkan di khalayak umum.

Namun, ada juga mengambil inisiatif untuk menggabungkan gaya tradisional tersebut dengan sentuhan moden.

Tanpa menghilangkan konsep dan identiti Malaysia dalam diri, fenomena itu secara tidak langsung menggambarkan masih ramai golongan muda berbangga mengekspresikan diri melalui pakaian tradisional yang sarat dengan makna sejarah dan simbol perpaduan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram