
SIAPA sangka bau durian yang sering dianggap menyengat mampu menjadi titik mula kepada kisah kejayaan sebuah jenama minyak wangi Indonesia, Blackstag sehingga ke pasaran antarabangsa.
Daripada petani kebun durian sehingga dipilih sebagai juri dalam pertandingan durian Asia ternama, Alif kini pengasas jenama minyak wangi sendiri, Blackstag.
Kisah penuh inspirasi itu mula mencuri perhatian ramai ketika berlangsungnya program Pameran Jagat Aroma 2025 di Kota Bandung, Indonesia.
BACA LAGI: Kongsi rezeki sesama peniaga kecil, The Bunge tawar 3 elemen unik di bawah satu bumbung
BACA LAGI: Giliran Aina Abdul ketuai bacaan ikrar Rukun Negara, TRX lokasi kemuncak Keretapi Sarong 2025
Alif mula menceburi industri wangian selepas jatuh cinta terhadap seseuatu aroma. — Agensi
Dari Nilam ke minyak wangi
Berbekalkan lebih 15 tahun pengalaman dalam bidang pertanian, Alif pada awalnya hanya menanam pokok Nilam atau dikenali sebagai patchouli sebagai tanaman sampingan di kebun duriannya.
Pokok Nilam adalah sejenis herba wangi dari keluarga pudina atau Lamiaceae yang menghasilkan minyak pati Nilam (patchouli oil), digunakan secara meluas dalam industri wangian.
Pernah terlibat dalam perdagangan minyak Nilam, namun Alif akhirnya memilih untuk menumpukan perhatian pada durian.
Namanya juga semakin dikenali apabila dilantik sebagai juri di pelbagai pertandingan durian baik di Indonesia mahupun Malaysia.
Namun, minatnya terhadap sesuatu aroma membawanya ke dunia minyak wangi.
"Aroma itu penting. Bayangkan bertemu seseorang dengan bau yang kurang menyenangkan, tentu kita ingin cepat-cepat menjauh," katanya.
Sambutan hangat daripada pelanggan serata dunia. — Agensi
Blackstag lambang karakter lelaki dewasa
Lahir daripada kolaborasi bersama syarikat minyak wangi terkemuka dari Perancis, Jeevaudan, Blackstag bukan sekadar minyak wangi.
Bagi Alif, ia merupakan representasi karakter lelaki matang daripada segi emosi mahupun pencapaian kewangan.
"Blackstag dicipta untuk lelaki yang matang dan berfikiran dewasa.
"Ia bukan sekadar gaya, tetapi simbol kedewasaan serta kejayaan," jelasnya.
Tiga varian utama Blackstag adalah Maison Al Oud, Nightfall dan Wolfgang yang pastinya mula menambat hati penggemar aroma eksklusif.
Meskipun baru diperkenalkan, Blackstag juga mampu menarik perhatian pelanggan dari luar negara.
Katanya, seorang pengunjung dari Perancis yang hadir ke pameran terus menunjukkan minat terhadap jenama tersebut.
Antara varian minyak wangi yang menjadi rebutan ramai. — Agensi
"Kami juga bertemu dengan ahli perniagaan minyak wangi di Singapura untuk mengembangkan produk.
"Ini bukan sekadar peluang, tetapi pengiktirafan bahawa produk tempatan mampu bersaing di peringkat dunia," jelasnya.
Respons rata-rata pengunjung juga amat menggalakkan.
Baginya, selain mengusahakan perniagaannya, Alif juga terlibat dalam industri minyak dan gas serta perlombongan.
"Prinsip yang saya pegang adalah bisnes bukan hanya jual beli, tetapi membina hubungan jangka panjang.
"Saya tidak minat jualan sekali selepas itu terputus hubungan. Bisnes itu harus saling menguntungkan dan berterusan," ujarnya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram