
TINDAKAN wanita membawa anak-anaknya ke balai polis baru-baru ini mencuri perhatian ramai.
Menerusi video dikongsikan wanita tersebut di akaun TikTok @nuridahafiez, tindakannya adalah bagi memberi pengajaran kepada anak lelakinya.
Dalam video sama, anaknya mula menunjukkan reaksi tidak selesa dan takut apabila kenderaannya memasuki kawasan balai.
BACA LAGI: Tahan lasak, mudah urus, konsep 'facing brick' semakin jadi pilihan rumah moden
Lebih dramatik apabila pihak polis turut memberi kerjasama dengan mengarahkan si ibu memberhentikan kenderaannya.
Seorang anggota kemudiannya menghampiri dan bertindak seolah-olah menyoal siasat kanak-kanak lelaki berbaju biru di dalam kereta.
Lakonan tersebut sekali gus membuatkan kanak-kanak itu bersalah dan menangis ketakutan sambil meminta maaf atas kesalahan yang dilakukan sebelumnya.
Drama air mata itu bagaimanapun berakhir dengan baik apabila kanak-kanak tersebut bersetuju untuk tidak mengulangi kesalahannya.
Difahamkan, taktik berkenaan terpaksa dilakukan selepas cara menggunakan video polis daripada kecerdasan buatan (AI) tidak lagi berkesan.
Sementara itu, rata-rata warga maya turut menyokong cara dilakukan wanita tersebut kerana berjaya menegur anak dengan pendekatan berbeza.
Ada juga yang berkongsi pengalaman sama seperti kanak-kanak tersebut.
"Semasa saya sekolah dahulu, saya sangat degil, suka ponteng sekolah dan melawan mak ayah.
"Ada satu hari saya bergaduh bertumbuk dan curi basikal budak lain, ayah terus bawa pergi balai polis.
"Polis siap bagi kerjasama dan buat muka serius, bawa dalam bilik soal siasat dan masuk lokap.
"Saya menangis dan berjanji siap tanda tangan surat akur janji depan ketua balai. Sekarang, saya berterima kasih pada ayah sebab berjaya didik sebagai manusia," komen Dingo Dedeng.
"Bagus ajar anak macam ini biar jadi orang, sekali-sekala memang kena buat.
"Jangan berlembut sangat, biar anak ada jiwa yang kuat untuk hadap masa hadapan," sokong Mohd Shafrizal.
Ada juga berpandangan bahawa cara itu sesuai untuk dilakukan pada anak lelaki.
"Anak lelaki kena ajar begitu, baru betul jiwa lelaki. Tetapi anak perempuan boleh cakap perlahan, erti kata lain dibelai," kata Ahmad Saffuan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram