Generasi baharu makin celik tradisi, ramai cakna makna di sebalik sambutan Hari Malaysia


  • Maya
  • Selasa, 16 Sep 2025

Program budaya dan komuniti memupuk perpaduan sesama rakyat. — The Star/Raja Faisal Hishan

SEBUT sahaja tentang Malaysia, terbayang sebuah negara berbilang kaum yang kaya dengan kepelbagaian tradisi, budaya dan adatnya.

Daripada bahasa hingga ke keunikan warisannya, Malaysia terus berdiri teguh dengan rakyatnya yang bersatu padu.

Tarikh keramat 16 September bukan sahaja mengingatkan kepada pembentukan Malaysia, malah menjadi simbol kekuatan sebuah negara yang terus melangkah maju di pentas dunia.

BACA LAGI: Giliran Aina Abdul ketuai bacaan ikrar Rukun Negara, TRX lokasi kemuncak Keretapi Sarong 2025

BACA LAGI: Miliki 2 'master' dari London, Chloe Lim dimahkotakan Miss Universe Malaysia 2025, bakal wakil negara ke Thailand

 

 

 

Lebih enam dekad ia terbentuk, sudah pasti sambutannya kini menjadi detik penting yang mengikat seluruh rakyat dalam memupuk semangat perpaduan dan kecintaan terhadap tanah air.

Generasi demi generasi, Hari Malaysia diraikan dengan penuh makna sebagai tanda penghargaan terhadap jasa pemimpin dan pejuang negara.

Sambutan kali ini juga dimeriahkan dengan pelbagai acara termasuk perarakan, pameran budaya, persembahan kesenian dan program komuniti seperti Keretapi Sarong 2025 yang mengetengahkan tema perpaduan.

Dari ibu kota hinggalah ke desa, Jalur Gemilang berkibar megah di setiap penjuru, menandakan semangat cinta rakyat terhadap tanah air.

Menyelinap masuk di segenap ruang ketika berlangsungnya acara tahunan tersebut, orang ramai berkesempatan berkongsi serba sedikit tentang keistimewaan di negara ini.

Beberapa individu yang ditemui secara rawak di sekitar ibu kota turut tampil memberikan jawapan spontan berkaitan makanan, permainan tradisional, kombinasi gaya serta makna di sebalik sambutan Hari Malaysia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram