
SELAIN elemen warna, hiasan menggunakan batu bata kini menjadi pilihan bagi yang mahukan kelainan dalam reka bentuk kediaman mereka.
Mengambil konsep facing brick iaitu antara dekorasi rumah dengan mengekalkan tekstur dan rupa asal batu-bata sebagai elemen utama dinding.
Ia tidak disimen atau ditutup dengan cat, sebaliknya dibiarkan terdedah bagi menonjolkan warna semula jadi dan corak bata yang tersusun.
BACA LAGI: 'Sejak bila sekolah ada standard T20, B40, M40?', bapa persoal bayaran majlis graduasi anak darjah 6
Konsep itu bukan sahaja memberi sentuhan estetik dengan gabungan moden, malah lebih praktikal dan mudah diuruskan.
Namun, terdapat beberapa perkara utama yang wajar diketahui sebelum memilih konsep tersebut.
Menurut pakar dekorasi rumah dari Inhaus Rekabina, meskipun ia kelihatan ringkas, tetapi konsep itu perlu dilakukan dengan menggunakan bata khas yang lebih berkualiti serta mempunyai warna lebih terang.
"Ia juga lebih tahan lasak dan tak perlu penyelenggaraan yang tinggi seperti kerap guna cat baharu atau baiki potensi rekahan pada dinding.
"Bukan sekadar itu, konsep ini juga sesuai dengan cuaca di Malaysia.
"Walaupun sesuai, tetapi perlu pastikan ada sistem kalis air yang betul baru boleh tahan lama," katanya.
Reka bentuk susunan bata itu sekali gus memberi suasana klasik seperti binaan ketika zaman purba bergantung pada jenis dan warnanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram