
PENYANYI dan personaliti media sosial, Syasya Rizal, 24, berkongsi pengalaman peribadinya sebagai ibu muda mengenai cabaran dilalui sepanjang tempoh kehamilan, bersalin dan berpantang.
Penghuni nama sebenar Norsyasya Afiqah Shahrizal itu yang baru dikurniakan cahaya mata sulung sekitar Disember tahun lalu menyifatkan ia sebagai satu perjalanan penuh ujian fizikal dan emosi.
BACA LAGI: 'Cinta Mok, Pok jadi inspirasi', 42 tahun usia perkahwinan ajar Mekyun erti kasih sayang sebenar
Jelasnya, sepanjang tempoh itu seorang wanita berdepan pelbagai perubahan besar, antaranya:
- Ketidakseimbangan hormon utama yang memberi kesan kepada emosi.
- Kurang tidur berterusan, terutama dalam fasa awal menjaga bayi.
- Kesakitan fizikal akibat luka bersalin.
- Cabaran penyusuan yang memerlukan kesabaran dan ketabahan.
- Peralihan identiti apabila bergelar ibu buat pertama kali.
Syasya dan suami dikurniakan seorang cahaya mata lelaki sekitar Disember lalu.
"Orang ramai memandang remeh apa yang fasa kehamilan, bersalin dan berpantang tinggalkan kepada tubuh wanita.
"Ia bukan sekadar berehat beberapa bulan, tetapi dari segi emosi dan fizikal, ia boleh mengambil masa sehingga dua tahun untuk seseorang wanita pulih sepenuhnya.
"Tidur terganggu, emosi tak stabil tetapi terlalu kerap wanita dilabel sebagai tidak rasional atau lebih teruk perempuan gila," katanya di laman Threads.
Tegas menyatakan kepentingan sokongan dan bantuan daripada sang suami serta masyarakat, ia adalah penawar kepada setiap ibu yang baru melahirkan anak.
Dalam masa sama, Syasya turut menitip pesanan kepada buat para ibu lua rsana agar tidak merasa lemah atau gagal dalam melalui proses kehamilan dan berpantang.
"Kepada setiap wanita yang sedang melalui proses ini, anda bukannya lemah atau tidak rasional, tapi anda semakin sembuh dan kekuatan anda tiada tandingan.
"Kepada orang lain, daripada melemparkan kritikan, lebih baik berikan kasih sayang, kesabaran dan pemahaman, itu cara kita benar-benar menghormati seorang ibu," ujarnya.
Perkongsian Syasya mencerminkan realiti dihadapi ramai wanita yang pernah melalui fasa kehamilan dan berpantang.
Ia menjadi peringatan penting bahawa proses tersebut bukan sekadar pengorbanan peribadi, tetapi satu perjalanan yang memerlukan sokongan daripada keluarga, pasangan dan masyarakat. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram