
PERSONALITI dan pempengaruh popular, Mekyun atau nama sebenarnya Wee Yu Nee menjadikan kedua ibu bapanya yang mesra disapa Mok dan Pok sebagai inspirasi terbesar dalam hidupnya.
Pasangan itu baru sahaja meraikan ulang tahun ke-42 perkahwinan dan Mekyun mengakui, kisah kasih sayang mereka menjadi bukti nyata bahawa cinta sejati masih wujud.
Menurutnya, sepanjang tempoh lebih empat dekad itu, kemesraan antara Mok dan Pok tidak pernah berkurang, malah menjadi teladan bagaimana sesebuah hubungan mampu bertahan dengan ikatan kepercayaan dan pengorbanan.
BACA LAGI: Masih ada yang keliru perlu mandi wiladah lepas bersalin, ketahui hukum, situasi haram sudut Islam
"Cinta Mok dan Pok lah yang buat Mekyun rasa sangat disayangi dan mengajar Mekyun untuk menyayangi orang lain dengan sepenuh hati.
"42 tahun cinta mereka, itulah anugerah terindah dan inspirasi paling besar dalam hidup Mekyun.
"Happy 42nd anniversary, Mok & Pok. Your love is the greatest blessing of my life and I pray I’ll always carry this love with me in everything I do," katanya menerusi hantaran di Instagram.
Pada hari istimewa itu, bapanya menghadiahkan sejambak bunga sebagai simbolik dan tanda peringatan sempena ulang tahun perkahwinannya yang memasuki empat dekad.
Bersederhana dalam meraikan momen tersebut, kedua-dua pasangan romantis itu saling berpelukan dan menitip rasa syukur atas kurniaan kesihatan dan kebahagiaan di samping empat cahaya matanya.
Sekadar info, Mekyun merupakan anak bongsu daripada empat adik beradik dan mempunyai dua abang iaitu Abe Jay dan Abe Ming, selain Wee Chuan Chin atau lebih mesra disapa Abe Wee, yang paling rapat dengannya sejak kecil.
Dibesarkan dalam suasana keluarga berbilang budaya, komunikasi di rumah mereka berlangsung dalam bahasa Melayu (loghat Kelantan), Cina dan Inggeris.
Malah, Mekyun juga fasih berbahasa Hokkien dan Thailand hasil persekitaran keluarga serta masyarakat sekeliling. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram