Threads jadi ‘port’ usahawan wanita bina 'networking', akses percuma, kolaboratif lebih luas


  • Sukses
  • Jumaat, 22 Ogos 2025

Semakin ramai wanita menjadikan Threads sebagai ruang sokongan baharu untuk komuniti bisnes. — Gambar janaan AI

BUKAN lagi sekadar ruang meluah rasa, aplikasi Threads kini semakin kerap diguna sebagai platform mencari peluang perniagaan dan memperluas rangkaian termasuk golongan usahawan wanita.

Berdasarkan perkongsian usahawan dikenali sebagai Diyana Salim, beliau menyaksikan perubahan ketara cara peniaga masa kini berhubung sesama sendiri.

“Sekarang ramai kawan-kawan di Threads guna platform ini untuk networking. Seronok sebab tak rasa buat bisnes seorang. Boleh brainstorm dengan orang lain juga,” tulisnya di akaun Threads miliknya, diyanasalim_ pada Khamis.

BACA LAGI: Saksi pengorbanan ibu hilang suami, wanita kerdil berjiwa besar bangkit perkasa hak OKU

BACA LAGI: Saksi pengorbanan ibu hilang suami, wanita kerdil berjiwa besar bangkit perkasa hak OKU

Diyana turut berkongsi pengalamannya ketika mula berniaga dahulu, apabila beliau terpaksa bergerak seorang diri tanpa sokongan komuniti.

“Dulu bila buat bisnes, semua fikir sendiri, lingkup pun sendiri. Nak jumpa pengasas lain dalam niche sama kena bayar.

"Nak cari kawan bisnes, tak ramai yang nak berkongsi. Mereputlah seorang di situ,” katanya.

Namun menurut beliau, suasana kini jauh berbeza apabila lebih ramai usahawan terbuka berkongsi cabaran, pengalaman dan strategi.

Trend itu menjadikan Threads sebagai ruang sokongan baharu yang lebih inklusif untuk komuniti bisnes terutamanya sebagai pemula.

Berikut Majoriti senaraikan lima sebab Threads menjadi pilihan usahawan untuk membina rangkaian:

1) Ruang santai, mesra

Threads menawarkan suasana lebih ringan berbanding platform profesional lain.

Usahawan boleh berbincang mengenai strategi bisnes, sambil berkongsi kisah peribadi tanpa rasa terlalu formal. Ia menjadikan perbualan lebih jujur dan mudah difahami semua.

2) Komuniti aktif

Dengan lebih ramai peniaga terutamanya wanita aktif menggunakan Threads, ia mencipta satu komuniti yang sentiasa memberi sokongan.

Usahawan boleh bertukar pengalaman, mendengar cabaran orang lain, malah berkongsi motivasi harian untuk terus bertahan.

Young stressed mother checking her finances while her daughter is playing next to her

Sebelum ini, kebanyakan usahawan wanita terpaksa bergerak seorang diri tanpa sokongan komuniti. — Gambar hiasan

3) Percuma, mudah diakses

Tidak seperti sesetengah platform networking yang memerlukan bayaran atau keahlian eksklusif, Threads boleh digunakan secara percuma.

Ia membuka peluang sama rata untuk semua lapisan usahawan, sama ada baru bermula ataupun sudah berpengalaman.

4) Peluang kolaboratif segera

Perbualan di Threads sering membawa kepada idea baharu.

Daripada sekadar berbincang masalah, ramai usahawan akhirnya menemui peluang bekerjasama sama ada projek kecil, perkongsian ilmu atau kolaborasi jangka panjang.

5) Gaya hidup usahawan moden

Menjalin rangkaian kini bukan lagi aktiviti sekali-sekala di seminar atau majlis rasmi.

Dengan Threads, ia menjadi sebahagian daripada gaya hidup usahawan, setiap hari ada peluang bertemu orang baharu, mencurah idea dan membina hubungan perniagaan dengan lebih mudah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram