'Hail menoleh apabila namanya dipanggil', rakyat Malaysia prihatin penuhi harapan ibu dengar, bercakap semula dengan anak


  • Bonda
  • Jumaat, 22 Ogos 2025

Hail (depan, kiri) bersama ibu bapa dan abangnya (depan, kanan).

BERKAT keikhlasan dan murah hati rakyat Malaysia, Hail Idrus Arman yang berusia tiga tahun berjaya menjalani pembedahan implan koklea dua hala pada Mei 2025 di Pusat Perubatan Borneo (BMC) di Kuching, Sarawak.

Beberapa bulan selepas itu, detik dinantikan tiba apabila anak kecil bermata besar yang sentiasa tersenyum itu dianugerahkan suara setelah hidup dalam dunia yang sunyi sejak lahir.

"Semasa saya sedang berbual dengannya, secara semula jadi dia menoleh apabila saya menyebut namanya.

"Selepas berbulan-bulan diam, melihat dia bertindak balas dan dapat mendengar adalah sesuatu yang indah dan menggembirakan," demikian luah ibunya, Missie Bolie dengan penuh beremosi ketika mengimbas saat yang telah lama diimpikan mereka sekeluarga.

BACA LAGI: Penglibatan pasukan khas JSJ Bukit Aman antara 4 permintaan peguam keluarga Zara Qairina

BACA LAGI: Penglibatan pasukan khas JSJ Bukit Aman antara 4 permintaan peguam keluarga Zara Qairina

Ayah Hail, Arman Ramali mengakui dia dan isteri selalu bimbang tentang masa depan anaknya.

"Tetapi kini, melihat perubahan yang dilaluinya, kami penuh dengan harapan. Kata-kata tidak dapat menggambarkan kegembiraan yang kami rasakan," katanya.

Perjalanan Hail sehingga sekarang bukanlah sesuatu yang mudah kerana anak bongsu daripada lima beradik ini dilahirkan dalam keadaan sihat.

Tetapi selepas beberapa bulan, ibu bapanya menyedari bahawa dia tidak bertindak balas terhadap suara atau bunyi di sekelilingnya.

Selepas melalui beberapa siri ujian perubatan, telah disahkan Hail mengalami masalah pendengaran teruk kedua-dua telinga.

Hail disahkan Hail mengalami masalah pendengaran teruk pada kedua-dua telinga.

Satu-satunya harapannya ialah pembedahan implan koklea dua hala, bagaimanapun masalah utama adalah untuk menyediakan kos RM125,000 yang jauh melebihi kemampuan keluarga itu.

Walaupun mencuba alat bantu pendengaran berkuasa tinggi, Hail tidak menunjukkan peningkatan.

Dengan pendapatan Arman hanya RM1,700 sebulan dan Missie sebagai suri rumah sepenuh masa, kosnya terasa mustahil untuk dicari.

Pada Januari 2025, Star Foundation melancarkan kempen pengumpulan dana selama dua bulan dan rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat telah bersama-sama, menghulurkan sumbangan, doa dan sokongan.

Sambutannya amat menggalakkan, bukti sebenar semangat belas kasihan yang menyatukan rakyat negara ini sebagai sebuah bangsa.

Menurut Nur Zahirah Enche Othman, Jurupulih Pertuturan-Bahasa dari HearLife, Hail menunjukkan tanda-tanda perkembangan yang positif.

“Dengan kebolehan mendengar, dia dapat belajar untuk melibatkan diri hal-hal dunia, meniru gerak isyarat, bertindak balas terhadap bunyi, dan juga mula bercakap. Hail menunjukkan kemajuan yang mantap,” katanya.

Hail berjaya menjalani pembedahan implan koklea dua hala pada Mei 2025 di BMC di Kuching, Sarawak. 

Kini, Hail menghadiri terapi pertuturan biasa, disokong oleh pasukan berdedikasi yang bekerja untuk membantu mengembangkan kemahiran komunikasinya.

Bagi keluarga Hail, apa yang berlaku adalah lebih daripada sekadar kejayaan perubatan, ia adalah permulaan baharu yang dipenuhi dengan bunyi dan ketawa  yang berterusan.

Bagi pihak keluarga Hail dan Star Foundation, terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua yang terlibat menyampaikan sumbangan.

Kemurahan hati anda bukan sahaja telah mengubah kehidupan seorang kanak-kanak lelaki, malahan ia telah mengingatkan kita semua bagaimana besarnya kuasa perpaduan dan perasaan belas kasihan yang luar biasa.

Star Foundation merupakan badan amal Star Media Group. Sejak 2016, Program Dana Perubatan telah menyediakan bantuan perubatan kritikal kepada individu yang kurang bernasib baik yang menderita penyakit kronik.

Untuk mengetahui lebih lanjut atau untuk membuat sumbangan, lawati starfoundation.com.my atau e-mel

[email protected]. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram