
TIDAK dibesarkan dengan kemewahan bukan halangan untuk menjamin kejayaan anak-anak.
Perkara itu dibuktikan oleh Maye Musk, ibu kepada tiga beradik Elon Musk, Kimbal Musk dan Tosca Musk yang bukan sahaja bergelar jutawan, malah mencipta fenomena seantero dunia susulan pencapaian dikecapi.
Menerusi laporan media antarabangsa, Maye berkongsi rahsia yang menjadi tunjang kejayaan ketiga-tiga anaknya.
BACA LAGI: 'Aku tak mahu mimpi ini berakhir', arwah abang Uyaina muncul berbaju Melayu putih imamkan solat
Tidak pernah membataskan minat dan kehendak anak sejak kecil, bekas model dan pakar nutrisi diet itu sentiasa memberikan kebebasan untuk mereka memilih laluan kerjaya sendiri.
"Orang sering bertanya bagaimana saya membesarkan anak-anak yang berjaya, jawapannya, didik mereka kerja keras dan biar ikut minat masing-masing," katanya.
Maye merupakan bekas model dan pakar diet nutrisi. — Agensi
Latar belakang
Dilahirkan di Kanada sebelum berpindah ke Afrika Selatan, Maye memulakan kerjaya sebagai model sejak remaja telah bergiat aktif dalam industri fesyen selama lebih lima dekad dan menjadi wajah kepada pelbagai jenama antarabangsa.
Selain peragaan, Maye juga ahli nutrisi berdaftar dan mempunyai ijazah sarjana dalam bidang sains pemakanan.
Biarpun bergelar ibu tunggal usai perceraiannya pada 1979, Maye tidak pernah memanjakan anak-anaknya dengan kemewahan malah, mereka membesarkan dengan gaya hidup sederhana walaupun terpaksa tidur di atas lantai.
Namun, berkat nilai kerja keras dan disiplin yang diterapkan Maye, ketiga-tiga anaknya kini berjaya mencipta nama besar dalam bidang masing-masing.
Maye cekal membesarkan ketiga-tiga anaknya selepas berpisah ketika Elon Musk (kiri) baru berusia sembilan tahun. — Agensi
Elon, Kimbal, Tosca laluan karier berbeza
Walaupun dibesarkan dalam suasana sama, ketiga-tiga beradik Musk memilih jalan berbeza, namun tetap mencipta kejayaan masing-masing:
Elon Musk
– Terkenal sebagai lelaki terkaya dunia, Elon ialah Pengasas Tesla, SpaceX dan Neuralink.
- Kejayaannya terletak pada keberanian mengambil risiko besar dalam teknologi dan inovasi yang mengubah dunia.
Kimbal Musk
– Tidak mengikut jejak abangnya dalam teknologi, Kimbal memilih bidang kulinari dan perniagaan restoran.
- Dikenali sebagai pengusaha restoran dan pelabur dalam projek makanan sihat serta pertanian bandar.
Tosca Musk
- Merupakan pembikin filem, Tosca mencipta nama dalam industri kreatif dan merupakan pengasas bersama platform streaming Passionflix yang menayangkan adaptasi filem romantik antarabangsa.
Kisah Maye Musk membuktikan bahawa kejayaan tidak semestinya lahir daripada kemewahan, tetapi daripada didikan berteraskan disiplin, kerja keras dan kebebasan memilih jalan hidup sendiri.
Sebagai ibu tunggal, beliau bukan sahaja mampu membesarkan anak-anak dalam serba kekurangan, malah melahirkan tiga individu hebat yang berjaya menawan dunia dalam bidang teknologi, kulinari dan seni.
Peranan Maye sebagai ibu menjadi inspirasi bahawa kasih sayang, ketegasan dan nilai hidup yang betul mampu membentuk generasi berjaya, walau bermula dari bawah. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram