Dari kilang ke karpet merah, fesyen 'jumpsuit' kekal relevan sejak 1950-an


  • Gaya
  • Ahad, 17 Ogos 2025

Fesyen jumpsuit kekal menjadi ikonik dan fenomena di kalangan wanita hari ini. — Agensi

SEIRING perkembangan dunia, fesyen juga melalui fasa perubahan dengan kehadiran pelbagai trend baharu yang menjadi ikutan masyarakat luar sana.

Namun, masih ada juga fesyen kekal menjadi ikonik dan relevan yang ditambah suai dengan gaya terkini. 

Antara item yang sentiasa berevolusi tetapi tetap digemari ialah jumpsuit, sejenis busana yang menggabungkan elemen gaya, keselesaan dan fungsi.

BACA LAGI: Sulaman motif burung hiasi 'train' kebaya pengantin Sunda Melly Goeslaw, glamor sarat tradisi

BACA LAGI: Lakonan bukan lagi keutamaan, Bella Dally teroka dunia fesyen melalui jenama pakaian Weardallydaily

Dari pentas peragaan hingga ke karpet merah, jumpsuit menjadi pilihan ramai kerana versatiliti serta kemampuan fesyen itu dalam menyesuaikan diri mengikut gaya dan peredaran zaman.

Asal usul jumpsuit bermula seawal 1919 apabila ia direka khusus untuk penerjun udara agar yang memberi ruang dan pergerakan bebas tanpa sebarang halangan buat si pemakai.

Namun, popularitinya dalam dunia fesyen tercetus pada era 1930-an melalui sentuhan pereka tersohor Elsa Schiaparelli.

Ketika Perang Dunia Kedua, pakaian jumpsuit beralih ke sektor kilang yang kebanyakannya dipakai pekerja wanita, sekali gus menjadi simbol kekuatan yang diabadikan melalui imej ikonik 'Rosie the Riveter'.

Imej Rosie the Riveter menjadi simbol kekuatan pekerja wanita di sektor kilang.

 

Era 1950-an menyaksikan Bonnie Cashin, salah seorang tokoh penting fesyen Amerika Syarikat (AS), mengubah imej jumpsuit menjadi pakaian moden yang praktikal dan lebih dekat dengan gaya kasual seperti hari ini.

Seiring perubahan zaman, jenama pakaian antarabangsa seperti Saint Laurent, Lanvin dan Prada telah mengangkatnya ke pentas peragaan bersama selebriti ternama antaranya Amal Clooney, Emma Stone, Oprah Winfrey dan Gayle King yang tampil yakin mengenakan jumpsuit di acara karpet merah.

Bagi selebriti popular Bailey Moon, tip menjadikan jumpsuit kekal relevan bergantung kepada cara ia digayakan.

"Elakkan gaya terlalu mirip pakaian kerja atau fabrik jersey yang beralun. 

"Sebaliknya, pilih potongan lebih tailored atau jadikan ia busana malam seperti jumpsuit berinspirasikan tuksedo," katanya.

Dari pakaian kilang kepada dunia peragaan, jumpsuit membuktikan bahawa fesyen bukan sekadar tentang pakaian tetapi bagaimana ia menjadi ikon fesyen para wanita. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram