[VIDEO] 'Berbesar hati bersama-sama dalam penerbangan terakhir', bersara lepas 40 tahun jadi pramugari, anak sambung legasi ibu


  • Bonda
  • Rabu, 13 Ogos 2025

Zuhaimi Hashim dan anaknya merupakan pramugari di sebuah syarikat penerbangan tempatan.

SEORANG pramugari menamatkan perkhidmatannya dengan penuh terhormat apabila diraikan dengan ucapan dan tepukan gemuruh daripada penumpang sebuah syarikat penerbangan tempatan baru-baru ini.

Berpengalaman lebih 40 tahun dalam bidang tersebut, wanita dikenali sebagai Zuhaimi Hashim itu gagal menahan sebak apabila diberikan penghormatan khas dalam penerbangan terakhirnya.

Lebih bermakna, momen istimewa tersebut turut ditemani anak perempuannya yang juga merupakan pramugari di syarikat berkenaan.

BACA LAGI: Sulaman motif burung hiasi 'train' kebaya pengantin Sunda Melly Goeslaw, glamor sarat tradisi

BACA LAGI: Lakonan bukan lagi keutamaan, Bella Dally teroka dunia fesyen melalui jenama pakaian Weardallydaily

Menganggap ia satu kepuasan kerana dapat menemani ibunya, @DelilahZainal menitip rasa bangga dan memasang impian untuk menyambung legasi sebagai pramugari terhebat satu hari nanti.

"Berbesar hati dapat terbang bersama-sama pada penerbangan terakhir ibu, saya harap saya akan membesar menjadi pramugari yang hebat seperti dia," katanya menerusi hantaran di TikTok.

Dalam pada itu, wanita hebat berusia 60 tahun itu meraih pujian ramai yang amat mengagumi kecantikan dan keanggunan dimiliki biarpun sudah pun bergelar warga emas.

Malah, tidak kurang juga yang memuji dua beranak tersebut yang disifatkan sangat akrab dari segi kasih sayang dan minat yang sama.

Paling mencuri tumpuan, penyanyi popular Anuar Zain turut tidak ketinggalan meninggalkan ucapan istimewa buat pramugari berpengalaman itu.

"Semoga happy happy selepas bersara, hai Kak Zu," ujarnya ringkas di ruangan komen.

Majlis persaraan itu turut dihadiri rakan-rakan sekerja, juruterbang dan kru kabin yang tidak terkecuali memberi penghormatan kepada dedikasinya selama berkhidmat.

Syarikat penerbangan tersebut turut menkalungkan selempang khas sebagai kenangan khas serta tanda jasa, sambil mendoakan Zuhaimi Hashim terus berbahagia di masa akan datang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram