Pakar psikologi rungkai punca tabiat lengah masa, ADHD mungkin penyebab, kesan genetik ibu stres


  • Bonda
  • Rabu, 13 Ogos 2025

Kanak-kanak autistik berkemungkinan besar berpunca akibat tekanan dialami ibu ketika hamil. — Gambar hiasan/Freepik

TABIAT sering melengahkan masa dan terlewat sering dianggap sebagai isu disiplin atau tingkah laku dalam kalangan remaja.

Namun, pakar psikologi dan penulis terkenal Dr Gabor Mate membuka perspektif baharu bahawa ia mungkin berpunca daripada faktor neurobiologi yang lebih kompleks.

Jelasnya, ia berkait rapat dengan isu dan simptom ADHD yang juga berkemungkinan besar tercetus sejak dalam kandungan bayi.

BACA LAGI: Pilih kasih, jadi 'kambing hitam' antara 8 tanda tempat kerja toksik

BACA LAGI: Kaedah 'memberus' bantu kawal tantrum anak austistik, ini 6 cara boleh buat di rumah

Individu dengan ADHD menurutnya sering mengalami kesukaran memberi perhatian, cenderung hilang barang dan kehidupan tidak teratur ekoran deria masa yang tidak berkembang dengan baik sejak kecil.

Dr Gabor Mate merungkai punca sebenar kelahiran bayi dengan masalah autistik. — Agensi

Ibu stres punca kelahiran bayi autistik

Dalam satu temu bual podcast di laman sosial baru-baru ini, Dr Mate merungkai bahawa kanak-kanak dengan ibu yang stres ketika mengandung berisiko tinggi didiagnosis masalah ADHD.

Tidak meletakkan kesalahan penuh kepada golongan wanita, namun hal itu menurutnya antara faktor utama isu autistik kian meningkat kebelakangan tahun ini.

"Jika ibu bapa khususnya ibu mengandung berada dalam keadaan tertekan, ia boleh mengganggu perkembangan otak bayi termasuk bahagian yang mengawal persepsi masa.

"Ini bukan penyakit yang diwarisi, tetapi tindak balas bayi yang sensitif terhadap persekitaran," jelasnya.

 

 

Tambahnya, kesihatan dan perkembangan bayi bergantung kepada persekitaran emosi yang stabil serta bebas tekanan walaupun masih di peringkat awal.

Malah, dalam kes tertentu bayi yang sensitif secara genetik akan lebih mudah menyerap tekanan dialami ibu bapa, termasuk ketika dalam kandungan.

 

Siapa Dr Gabor Mate

Dr Gabor Mate, 80, merupakan seorang doktor, penceramah, dan penulis asal Hungary-Kanada yang diiktiraf di peringkat antarabangsa kerana kepakarannya dalam bidang trauma, tekanan serta perkembangan kanak-kanak.

Beliau telah menulis beberapa buku laris termasuk Scattered Minds: The Origins and Healing of Attention Deficit Disorder dan The Myth of Normal yang membongkar hubungan antara trauma awal, penyakit mental serta kesihatan fizikal.

Sepanjang kariernya, Dr Mate dikenali sebagai tokoh yang mencabar pandangan tradisional dalam dunia perubatan dengan menekankan bahawa banyak masalah mental dan fizikal berpunca daripada pengalaman hidup awal dan bukannya semata-mata faktor genetik.

Pandangannya sering digunakan sebagai rujukan dalam bidang psikologi, pendidikan selain turut diundang dalam program motivasi kesihatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram