'Jadilah orang bijak selesaikan masalah', Azhar titip pesan lepas terima berita gembira Leona mula bertugas di AirAsia


  • Bonda
  • Sabtu, 16 Ogos 2025

Leona kini dikhabarkan akan memulakan kerjayanya di AirAsia. — Instagram/Leona

SELEPAS berjaya menamatkan pengajian, pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona dikhabarkan memulakan kerjayanya bersama syarikat penerbangan tambang rendah terkemuka, AirAsia.

Berita gembira itu juga dikongsikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd, Tan Sri Tony Fernandes dan bapa Leona, Azhar Sulaiman.

"Saya dan superstar terbaharu kami. Tahniah untuk pengajian dan semua yang anda capai.

"Anda telah pergi jauh sejak kita bertemu," tulis Tony di laman Instagramnya pada Sabtu.

BACA LAGI: [VIDEO] Jakuzi unik sambut depan pintu utama, Leona 'tour' vila impian ketika bercuti di Pulau Santorini

BACA LAGI: Pasangan bina 'tiny house', mesra alam luar bandar, sanggup belanja kos RM1.21 juta

Hantaran tersebut pada masa sama menerima maklum balas daripada Azhar yang turut bangga dengan pencapaian anak gadisnya.

Azhar juga sempat meninggalkan kata-kata dan pesanan buat Leona apabila mula bertugas di syarikat berkenaan.

"Tahniah Mekna, keluarga kita bangga dengan awak.

"Kerjalah dengan baik nanti dan jadilah orang yang bijak di tempat kerja.

"Selesaikan sebarang masalah yang timbul memandangkan AirAsia adalah tempat yang bukan mudah.

"Ingat, keluarga kita juga pengguna setia AirAsia," katanya menerusi Facebook.

Leona juga sebelum ini pernah berkhidmat di AirAsia sebagai pencipta kandungan dan pelatih industri.

Kejayaan tersebut bukan sahaja membanggakan keluarga, tetapi turut menjadi inspirasi kepada anak muda lain untuk terus berusaha mencapai impian masing-masing. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram