Pasangan bina 'tiny house', mesra alam luar bandar, sanggup belanja kos RM1.21 juta


  • Hias
  • Jumaat, 15 Ogos 2025

Rumah kecil yang dibina dan dimiliki oleh pasangan dari AS di Auckland, New Zealand. — Agensi

RAMAI orang membayangkan kediaman kecil seperti ruang sempit dengan katil bertingkat serta sudut stor yang di celahan dinding.

Namun, pasangan berasal dari Amerika Syarikat (AS), Jen dan Steve di New Zealand membuktikan bahawa rumah kecil tidak semestinya bermaksud terpaksa mengorbankan keselesaan.

Menerusi perkongsian seorang pempengaruh antarabangsa, Bryce Langston di saluran YouTubenya dalam siri Living Big In A Tiny House, rumah pasangan tersebut terletak kira-kira sejam dari Auckland, New Zealand.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Dapat gred C untuk Kimia, semester berikut saya ubah strategi dengan...', pelajar raih 'straight A' A-Level kongsi rahsia belajar

BACA LAGI: Suri rumah di Skudai bisnes bidai iklan, bantu 'marketing' peniaga kecil, jadi tumpuan golongan pencen

Kediaman kecil yang dibina di tengah-tengah landskap hijau itu juga berkeluasan sekitar 750 kaki persegi dengan rekaan khas di setiap sudut termasuk dapur kayu bersaiz kompak, tetapi lengkap dengan alatan memasak.

Rumah itu dibina sepenuhnya di luar grid tenaga dan dilengkapi susunan solar berskala besar yang bukan sahaja membekalkan kuasa elektrik di rumah, malah mengecas dua kenderaan elektrik (EV) mereka.

Menariknya, kediaman tersebut tetap mempunyai kemudahan moden seperti dua televisyen tanpa mengetepikan konsep gaya hidup yang mesra alam.

Dikelilingi pemandangan hijau dan alam semula jadi sekali gus tidak membuatkan pemilik rumah terbabit menyesal akan keputusannya untuk keluar dari kota AS dan bersara lebih awal.

Projek pembinaan rumah itu menelan belanja kira-kira RM1.21 juta (AS$270,000).

Meskipun kos pembinaannya tidaklah semurah disangka, pasangan itu mendedahkan bahawa perbelanjaan hidup mereka menurun secara drastik daripada kira-kira RM225,000 (AS$50,000) setahun kepada hanya sekitar RM13,500 (AS$3,000) setahun.

Memasang panel solar menjadi rahsia utama penjimatan mereka sekali gus mengurangkan kos tenaga hampir kepada sifar.

Bagi mereka, rumah kecil bukanlah ubat penawar, tetapi boleh mengurangkan pengeluaran pencemaran. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram