
SITUASI wanita yang tidak mempunyai ramai kawan sering menimbulkan pelbagai persepsi kepada masyarakat.
Mungkin ada yang menganggap mereka lebih gemar menyendiri atau mengaitkannya dengan sifat negatif.
Dua persepsi tersebut juga dikatakan merujuk kepada kategori berbeza yang perlu difahami.
BACA LAGI: BCL bangga Noah pimpin upacara kemerdekaan Indonesia di sekolah, serlah sifat kepimpinan
BACA LAGI: 'Minta mak doakan, jangan kasar dengan isteri', lelaki kongsi tip selalu menang besar dalam peraduan
Sikap peribadi menjadi antara faktor seseorang wanita lebih cenderung menyendiri. — Gambar hiasan
Menurut pemerhati di media sosial menerusi akaun Threads @ask1nmiu, kategori pertama adalah wanita yang cenderung untuk selektif dalam bersosial.
Mereka juga lebih berhati-hati dalam memilih pergaulan kerana peka terhadap suasana sekeliling serta enggan melibatkan diri dalam konflik.
Pengalaman dikhianati juga membuatkan mereka lebih menghargai masa bersendirian dan lebih berhati-hati memilih rakan.
"Dia selektif, bukan sunyi. Masa seorang diri lebih berharga daripada ditemani orang berpura-pura," tulisnya.
Manakala, kategori kedua pula adalah sebaliknya.
Walaupun kelihatan mesra di hadapan, golongan wanita berkenaan dikatakan mampu menyimpan dendam atau niat negatif di belakang.
Mereka tidak mempunyai ramai kawan kerana mungkin sukar untuk individu lain bertahan dengan sikapnya.
Lebih membimbangkan, mereka bijak bersaing dalam diam dan hanya menunggu masa untuk mengkhianati tanpa disedari orang lain.
"Jadi, bila jumpa perempuan yang tak ramai kawan, jangan terus simpati, jangan terus skeptikal.
"Kenal dahulu dia sebab berbeza malaikat dan ular itu kadang-kadang terletak pada masa, bukan rupa," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram