
MENYERTAI peraduan mungkin dianggap sekadar nasib, namun bagi seorang lelaki dikenali sebagai Faiz Daong, aktiviti itu kini menjadi kerjaya sepenuh masa.
Berdasarkan perkongsian di akaun Threads baru-baru ini, aktiviti menyertai peraduan disifatkan membantunya menjana pendapatan lumayan dan memenangi pelbagai hadiah menarik.
Faiz lebih 20 tahun aktif menyertai pelbagai jenis peraduan mendedahkan bahawa sudah memenangi hampir semua jenis hadiah yang diimpikannya daripada barangan mewah hingga kenderaan.
BACA LAGI: Pasangan bina 'tiny house', mesra alam luar bandar, sanggup belanja kos RM1.21 juta
Menurutnya, antara rahsia dirinya sentiasa 'bertuah' adalah dengan menjaga hubungan baik sesama ahli keluarga.
Beliau percaya bahawa doa seorang ibu tanpa hijab dan mampu membuka pintu rezeki.
"Tip pertama nak jadi bertuah sentiasa minta mak doakan kita. Minta doa spesifik seperti 'mak saya ada sertai peraduan nak menang Toyota Vios. Mak tolong doa boleh?'
"Mak akan selitkan doa ini dalam setiap solat 'Ya ALLAH Ta Tuhanku, berikanlah kemenangan Toyota Vios dalam peraduan sekian sekian kepada anakku Faiz Aizuddin ini kerana dia sangat perlukannya, kau berikanlah kepadanya ketika tiba saat dan ketikanya, aku merayu dan memohon kepadamu. Makbulkanlah doaku'," kongsinya.
Dalam pada itu, Faiz turut menekankan kepentingan menjaga keberkatan rumah tangga dalam mencari rezeki.
"Doa seorang suami atau isteri penting. Kadang-kadang rezeki tersekat bukan sebab kurang usaha, tetapi restu seorang isteri atau suami tak lagi mengiringi langkah kita.
"Tanpa keberkatan ia akan tarik pergi sakinah dan rezeki. Cinta yang halal itu tenang.
"Saya perasan kalau berkasar dengan isteri, susah rezeki nak masuk. Tetapi, bila bercakap baik-baik, Masya-ALLAH, rezeki datang melimpah ruah.
"Jadi, jagalah hati pasangan dan minta mereka sentiasa mendoakan kita," katanya lagi. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram