
KEHILANGAN orang tersayang kadangkala boleh memberi kesan trauma mendalam.
Justeru, memahami dan empati orang sekeliling amat penting terutama dalam berkata-kata agar ia tidak menjadi luka buat seseorang yang mengalami situasi tersebut.
Ia sama seperti dikongsikan oleh seorang pengguna akaun Threads @rass.amin baru-baru ini.
BACA LAGI: Bekas pramugara kini pemilik kedai Nasi Lemak Ayam Taliwang, jual cecah hampir RM15,000 sehari
Beliau juga berkongsi beberapa ayat yang disifatkan sebagai 'kejam' dan tidak sensitif oleh sesetengah individu selepas anak lelakinya meninggal dunia.
"Antara ayatnya adalah 'sekurang-kurangnya awak ada anak perempuan'. Baik, anak mana satu yang saya sanggup untuk kehilangannya?
"Ayat 'awak masih muda, tak apa lepas ini bersalin seorang lagi lelaki' tak akan sama dengan dia (meninggal).
"Ada juga cakap 'nasib baik ALLAH ambil seorang, tak ambil semua' saya harap sangat ALLAH ambil kami sekeluarga terus jadi tak rasa derita.
"Saya rasa macam nak jawab, tetapi tak terjawab," tulisnya.
Situasi yang dihadapinya ketika baru kehilangan anak tercinta. — Threads/@rass.amin
Ada juga beberapa warga maya lain yang turut berdepan denga situasi sama apabila ditimpa musibah kehilangan anak.
"Sama macam saya, anak meninggal dan hari yang sama juga orang cakap 'tak mengapa, tak ada bayi boleh fokus pada kakaknya'.
"Inilah hikmah bayi meninggal sebab kamu tak mampu nak jaga dua orang.
"Dia cakap 'ngam jugalah bayi tak ada sebab macam mana kamu nak jaga bayi dengan anak autisme'," luah @viniasri17.
Sementara itu, seorang lagi ibu mendedahkan bahawa pernah diarah untuk bersyukur kerana hanya kehilangan seorang anak berbanding orang lain yang kehilangan lapan anak sekali gus dalam kemalangan.
"Setiap kematian tidak seharusnya dibanding-bandingkan," komen @hartinihassim. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram