
PENYANYI Indonesia, Bunga Citra Lestari atau lebih dikenali sebagai BCL meluahkan kebanggaan apabila anak lelakinya, Noah Sinclair mengetuai sebuah majlis rasmi di sekolahnya.
Menerusi hantaran di Instagram BCL, anaknya dipilih menjadi ketua upacara tersebut sempena sambutan Hari Kemerdekaan Republik Indonesia ke-80.
Perkongsian itu turut disertakan beberapa gambar memaparkan Noah yang tampil gagah dalam pakaian seragam Pasukan Pengibar Bendera (Paskib) merah putih.
BACA LAGI: 'Minta mak doakan, jangan kasar dengan isteri', lelaki kongsi tip selalu menang besar dalam peraduan
Noah dipilih untuk mempimpin upacara kemerdekaan di sekolahnya pada Jumaat. — Instagram/BCL
"Hari ini melihat Noah berdiri tegak memimpin upacara kemerdekaan di sekolahnya.
"Haru dan bangga, momen yang akan aku simpan selamanya," tulisnya.
Sambutan tersebut diadakan lebih awal memandangkan ulang tahun ke-80 Republik Indonesia jatuh pada Ahad ini (17 Ogos 2025).
Turut hadir memberi sokongan, suami BCL, Tiko Aryawardhana bersama-sama menyaksikan detik bersejarah buat Noah ketika mengetuai majlis berkenaan.
Perkongsian penyanyi itu segera menarik perhatian warganet yang rata-ratanya memberikan pujian dan kata-kata semangat kepada Noah.
Penampilan Noah pada masa sama menyerlahkan sifat kepimpinannya sebagai anak lelaki dan rakyat Indonesia. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram