[VIDEO] 'Anak dibuli, ibu bapa kena ajar lawan semula, bukan minta sabar', peguam kongsi jadi mangsa buli di sekolah asrama


  • Bonda
  • Ahad, 10 Ogos 2025

Menurut Ainnur Liyana Ikanan) pengalaman dibuli mendorongnya menjadi peguam.

PEGUAM Ainnur Liyana Ya'akob berkongsi pengalaman pernah menjadi mangsa buli ketika menuntut di sebuah sekolah berasrama penuh ketika berusia 16 tahun.

Peguam yang juga ibu kepada dua anak berkata, pengalaman dibuli meninggalkan kesan trauma yang kekal sehingga kini.

Ainnur Liyana mengakui ketika dibuli dahulu, beliau berasa tertekan, tersepit dan tidak berdaya.

BACA LAGI: Exco Sabah nafi ada anak sama sekolah, terlibat kes buli Zara Qairina

BACA LAGI: Salahkan guru saja takkan selesai isu buli — KGMMB

"Apabila beritahu ibu bapa ketika itu, mereka ingat saya mengada-ngada, saya menangis sebab tak tahan duduk asrama penuh.

"Keadaan semakin baik sebab sewaktu dibuli saya di tingkatan empat.

"Apabila naik tingkatan lima, saya sudah tidak dibuli, tapi traumanya sampai sekarang berbekas di hati," katanya menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Khamis.

Situasi itu jelas Ainnur Liyana, mendorongnya untuk bergelar peguam bagi membela hak mereka yang teraniaya.

Beliau turut mengambil contoh kejadian terbaharu melibatkan kematian Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir yang dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga bangunan sebuah sekolah agama di Papar, Sabah pada 16 Julai lalu.

Smart little schoolboy is willing to answer a question of teacher

Seharusnya situasi di sekolah memberi keseronokkan sepanjang sesi pembelajaran dan rasa selamat dalam kalangan pelajar. — Freepik 

Dalam pada itu, beliau menasihatkan ibu bapa dan pelajar agar tidak berdiam diri jika berdepan keadaan serupa.

“Kalau anak anda jadi mangsa buli, ibu bapa kena beri sokongan, bukan marah atau suruh anak bersabar dengan alasan balasan akan datang di akhirat.

"Anda salah, kalau anak dibuli, anda kena galakkan mereka maklumkan kepada ibu bapa, sebab tugas ibu bapa, tugas anda untuk melindungi anak-anak.

"Anda kena ajar mereka untuk lawan semula ataupun mengadu kepada guru," tegasnya.

Beliau berkata, sekiranya tiada tindakan diambil, ibu bapa boleh mengemukakan surat rasmi kepada pihak atasan dan membuat laporan polis sebagai langkah susulan.

Ujarnya, laporan perlu dibuat setiap kali anak dibuli supaya ada bukti kukuh.

"Jangan takut untuk beritahu ibu bapa dan kalau tak pasti dari segi undang-undang, dapatkan nasihat yang betul.

"Jangan biarkan ia melarat sampai anak trauma atau terdedah pada penderaan fizikal dan mental,” tambahnya.

“Buli adalah pengalaman mengerikan yang sampai bila-bila pun anda akan ingat," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram