Kes Zara: Bukan saja boikot, ramai desak tutup SMKA Tun Datu Mustapha


  • Massa
  • Ahad, 10 Ogos 2025

Terdapat gerakan untuk memboikot SMKA Tun Datu Mustapha kerana kes Zara Qairina.

KES kematian melibatkan pelajar tingkatan 1 di Sabah iaitu Zara Qairina Mahathir masih mendapat perhatian ramai dengan semua pihak mahukan kebenaran.

Ia belum menunjukkan tanda-tanda reda apabila mayat pelajar tersebut kini sudah digali semula oleh pihak polis untuk bedah siasat.

Malah, di media sosial, terdapat gerakan boikot terhadap sekolah yang pernah disertai Zara Qairina iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Papar.

BACA LAGI: Kita perlukan keadilan sekarang!', Mimi Lana desak pelaku, pembuli Zara Qairina dikenakan hukuman setimpal

BACA LAGI: Peguam Negara arah gali semula kubur Zara Qairina, laksana bedah siasat

Bukan saja untuk memboikot, namun terdapat seruan agar sekolah tersebut ditutup supaya tiada lagi isu sedemikian berlaku lagi.

Enggan menunggu sehingga anak orang lain pula menjadi mangsa, gerakan tersebut mendesak ibu bapa pelajar sekolah tersebut untuk memindahkan mereka ke institusi pendidikan lain.

"Boikot SMKA Tun Datu Mustapha Limauan di Papar. Jangan mohon untuk masukkan (anak) ke sekolah ini. Keluarkan atau pindahkan anak dari sekolah ini.

"Kami tak tunggu anak kami jadi mangsa," kata gerakan tersebut.

Zara Qairina didakwa meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat tiga asrama sekolahnya.

Namun keluarganya mendakwa Zara menjadi mangsa buli oleh rakan-rakan sekolahnya sehingga mengundang kepada kematiannya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram