
SUAMI kepada pelakon Atikah Suhaime berbangga selepas mengetahui isterinya menolak tawaran lumayan daripada sebuah jenama dipercayai mempunyai kaitan dengan pihak pro-Zionis.
Menurut usahawan, Datuk Lokman Teh, tawaran tersebut bernilai RM1.2 juta untuk melantik Atikah sebagai duta jenama berkenaan.
BACA LAGI: Atikah Suhaime ajar suami bersederhana, pakai semula baju lama, tidak perlu kisah jenama
"Sayang tahu tak kenapa saya begitu bangga dengan awak? Apabila saya nampak kontrak di meja bernilai RM1.2 juta daripada jenama besar untuk melantik awak sebagai duta.
"Saya diam sampai lima hari, baru tanya ‘Eh sayang, saya suami awak tahu. Awak kena tanya atau beritahu kalau ada apa-apa'," kongsinya di akaun Threads miliknya pada Ahad.
Namun katanya, Atikah tanpa ragu memaklumkan beliau membuat keputusan untuk menolak atas prinsip memboikot produk yang dikaitkan dengan Israel.
“Saya cakap beritahulah saya juga, tak kongsi dengan saya pun," selorohnya.
Lokman bagaimanapun mengakui bangga dengan tindakan isterinya yang sanggup mengutamakan prinsip berbanding keuntungan material.
"Saya sangat bangga dengan awak,” ujarnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram