
PEREKA fesyen terkenal tanah air, Hatta Dolmat kembali menggegarkan pentas Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2025 dengan pelancaran rakoleksi terbaharunya Perahu Kertas sempena sedekad penglibatannya bersama KLFW.
Menggambarkan perjalanan selama 10 tahun yang penuh dengan cabaran, keberanian dan kreativiti tanpa henti, Perahu Kertas bukan sekadar koleksi fesyen, tetapi sebuah naratif emosi mendalam yang mencerminkan liku-liku kehidupan seorang pereka yang kekal belayar walau di tengah lautan dugaan.
“Perjalanan saya selama 10 tahun bersama KLFW lebih daripada sekadar pentas memperagakan rekaan.
BACA LAGI: KLFW 2025 kembali lebih gah, ini jadual acara dan 55 pereka terlibat
Gabungan warna kontra yang lembut selari dengan konsep Perahu Kertas.
“Ia adalah fasa pembelajaran, pertumbuhan dan pencarian makna yang lebih mendalam dalam bidang fesyen lestari.
“Pengalaman ini benar-benar membentuk cara saya berkarya dan cerita yang ingin saya sampaikan melalui seni,” katanya.
Mengambil inspirasi daripada simbolik perahu kertas yang rapuh, ringan dan mudah hancur, koleksi ini mewakili semangatnya dalam dunia fesyen.
Halus, tetapi kuat, tulus, sarat dengan makna, rapuh, namun sentiasa penuh harapan.
Berbeza daripada kebiasaan, pentas Perahu Kertas tampil dengan suasana tenang dan reflektif.
Koleksi tersebut menggunakan fabrik lembut seperti kapas, linen dan denim mencerminkan ritma kehidupan harian.
Konsep bayang pula diinspirasikan seni lipatan kertas untuk menghidupkan kenangan masa kecilnya dengan sentuhan seni halus.
“Hidup seperti perahu kertas, mudah terluka. Kita berhenti, kita berehat.
“Tetapi, apabila harapan kembali menyala, kita temui semula keberanian untuk terus belayar,” ujarnya.
Menurut Hatta konsep bayang yang diaplikasikan inspirasi seni lipatan kertas bagi menghidupkan kenangan masa kecilnya dengan sentuhan seni halus.
Melalui Perahu Kertas Hatta kembali ke pangkuan peminat fesyen dengan pendekatan yang lebih jujur dan dedikasi.
Koleksi itu dicipta khas buat mereka yang pernah berhenti seketika, namun bangkit semula dengan semangat untuk terus bermimpi.
Dalam pada itu, lebih istimewa, tahun ini menyaksikan kolaboratif sulung antara Hatta Dolmat dan personaliti media sosial, Aliff Awang atau lebih dikenali sebagai Opai.
Kerjasama itu menghasilkan sebuah pengalaman pentas peragaan unik itu menggabungkan elemen fesyen dan haruman.
Mereka turut melancarkan wangian baharu iaitu Hope diinspirasikan daripada memori zaman kanak-kanak Hatta dengan setiap nota haruman dipilih olehnya.
“Ini merupakan kolaboratif menggabungkan rekaan dan haruman dengan cara sangat peribadi,” kata Opai. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram