
MINGGU Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) kembali dengan skala lebih besar tahun ini apabila acara fesyen tahunan itu dijadualkan berlangsung dari 4 sehingga 10 Ogos ini di Esplanade, Taman KLCC.
Bergandingan semula dengan Suria KLCC dan KLCC Holdings, pentas peragaan ikonik di hadapan Menara Berkembar Petronas akan menjadi lokasi utama yang menampilkan lebih 55 pereka dan label tempatan.
KLFW2025 turut memperkenalkan ruang ketibaan dan struktur monokrom serba moden yang menempatkan dewan utama, pentas peragaan dan pelbagai aktiviti dengan siaran langsung ditayangkan pada skrin LED gergasi bagi tontonan umum.
BACA LAGI: Ubah cara bertutur di rumah! 7 kaedah komunikasi ini rupanya risiko jejas perkembangan bahasa anak
Andrew Tan. — KLFW
Kolaborasi unik antara jenama turut menjadi tumpuan, antaranya Larney dan Afiq M, serta Muni dan Sofia Iman yang mengangkat tekstil warisan seperti songket dan pewarna semula jadi.
Antara nama besar yang kembali mewarnai pentas KLFW ialah Ezzati Amira, Hatta Dolmat, Maarimaia, Mimpikita, Neonate dan Private Stitch.
Turut dinantikan ialah Teh Firdaus, kemunculan semula Radzuan Radziwill selain penampilan sulung bakat baharu seperti Akmal Hakim, Ugly Pretty, ShazNash dan MOKJY.
Untuk rujukan pengunjung dan peminat fesyen, berikut adalah jadual lengkap acara dan barisan pereka yang akan mempersembahkan koleksi mereka mengikut hari:
Segmen 'Rekaan Demi Kelestarian' pula bakal menampilkan koleksi tiga pereka muda yang juga pemenang KLFW Designer Search 2024 melibatkan Raja Irfan, Mei Mei dan Salahuddinhilmi.
“KLFW2025 menandakan kehadiran semula yang lebih gah dengan semangat komuniti yang kuat,” kata pengasasnya, Andrew Tan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram