[VIDEO] 'Rumah baharu, jiwa baharu', Timur Gabriel 'unboxing' kediaman konsep brutalisme tropika


  • Hias
  • Rabu, 06 Ogos 2025

Rumah Timur berkonsepkan brutalisme tropika yang penuh karakter dan emosi.

DI dalam dunia media sosial yang penuh dengan kepura-puraan, ada satu nama semakin mencuri perhatian. 

Nama beliau disebut-sebut bukan hanya kerana kreativitinya tetapi kejujuran dan keberanian berkongsi kisah hidupnya dengan cara yang sangat 'real'.

Dia adalah Timur Gabriel, anak kepada supermodel 90-an, Yvonne Gabriel dan penyanyi legenda Zainal Abidin, yang kini menetap di Jerman sebagai pelakon.

Selepas bertahun-tahun hidup dalam ketidaktentuan dan terpaksa meninggalkan rumah keluarga, Timur akhirnya menunaikan janji paling besar pernah dibuat kepada ibunya.

BACA LAGI: Tepis tanggapan vaksin hanya untuk kanak-kanak, PCV20 bantu lindungi daripada 20 jenis bakteria pneumokokus

BACA LAGI: Baju tempahan khas tak dipakai sebab takut 'designer' lain merajuk, pereka fesyen enggan lagi 'sponsor' artis di karpet merah

Ia adalah membelikan rumah baharu untuk mereka sekeluarga.

Bukan sekadar rumah, tetapi ruang penuh dengan jiwa, identiti dan kenangan sebagai satu simbol kebangkitan semula yang sangat peribadi.

Perjalanan transformasi rumah itu dikongsikan oleh Timur melalui beberapa episod di Instagram miliknya.

Setiap sudut rumahnya mempunyai cerita tersendiri, tidak kira dari dapur berinspirasikan brutalism tropika hingga ke 'lazy room' yang unik.

Semi-brutalisme bertemu tropika

Konsep dapur Timur adalah pertembungan antara permukaan keras bahan mentah dan kehangatan suasana tropika.

Dinding konkrit asal dikekalkan dan ia merupakan satu keputusan yang membuat kontraktornya keliru.

Namun bagi Timur, itu adalah 'statement piece' di ruang dapur rumahnya.

"I really wanted the house to have a semi-brutalist feel, yet with a touch of tropicalism."

Pulau dapur bersaiz XXXL menjadi titik tumpuan bukan sahaja untuk memasak, tetapi juga sebagai ruang kerja pagi dan simbol cinta terhadap memasak, satu kemahiran yang dipupuk sejak tinggal di Jerman.

Pilihan kerusi bar moden menambah elemen kontemporari ergonomik untuk menyeimbangkan struktur konkrit maskulin.

Ruang makan berjiwa lama

Jika dapur menunjukkan sisi moden dan maskulin, ruang makan pula sarat dengan nilai sejarah dan emosi.

Meja makan lama yang diwarisi dari apartmen terdahulu menjadi tumpuan utama untuk memperlihatkan bagaimana Timur menggabungkan memori dengan minimalisme.

Tiada perabot berlebihan, ia hanya satu meja yang menghidupkan keseluruhan naratif ruang.

Ruang itu membuktikan bahawa rekaan tidak semestinya baharu, tetapi boleh asal dari ikatan dan kenangan yang lama.

Bilik 'malas' cita rasa bohemian

Konsep 'lazy room' oleh Timur mungkin asing bagi sesetengah orang, tetapi secara rekaan ia sangat tersusun.

Konversi dapur basah kepada lounge moden dengan sentuhan boho kontemporari.

Pilihan sideboard walnut dari Billick memberi nada semula jadi dan elegan, manakala sofa kalis air dari Rooma pula mengutamakan praktikaliti dengan estetika moden.

Meja kopi konkrit dengan kemasan travertine pula menambah unsur brutalist ringan, lembut dan elegan.

"It's giving doom!" Timur menggambarkan suasana ruang itu sebagai gelap, misteri dan malas tapi dengan penuh gaya.

Gabungan dua kerusi boho dari Moomoo Living pula menambah tekstur ringan, menjadi imbangan sempurna kepada meja berat bertona alam. 

Kamar beradu multi fungsi

Bilik tidur Timur bukan ruang peribadi biasa kerana ia adalah gabungan 'self-care chamber' dan 'home office'.

Dinding asal dipecahkan untuk menjadikan dua bilik kepada satu ruang terbuka, ia pendekatan 'open-plan modernist' yang memberi rasa lapang.

Ruang studio yang dulunya balkoni kini menjadi tempat bekerja, lengkap dengan meja kitar semula buatan khas dari Rockwood.

Ia juga memperlihatkan nilai Timur terhadap sumber mampan dan reka bentuk yang beretika.

Sofa dari Neoliving (model Watashi) menjadi elemen rehat utama, manakala cermin bilik air 'backlit' satu meter memberikan suasana futuristik serta mewah dalam bilik air berinspirasikan industri-konkrit dan pebble wash.

Rekaan rumah Timur bukan sahaja menarik dari segi visual, ia adalah penzahiran penuh personaliti, sejarah hidup dan perubahan gaya hidup.

Elemen brutalist dan konkrit mungkin kelihatan keras, tetapi dengan tekstur semula jadi, warna neutral hangat dan sentuhan lembut tropika, menjadikan setiap ruang selesa tanpa kehilangan kekuatan estetik. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram