Senarai 5 hotel warisan Asean paling 'Instagrammable', seni bina kolonial lebih 100 tahun, dekornya antik


  • Hias
  • Ahad, 13 Jul 2025

Bergambar kenangan di air pancut dalam perkarangan hotel Raffles, Singapura (kiri) atau rakam kemegahan seni bina Mandarin Oriental di Bangkok, Thailand. - @millionaire_bazaar @mo_bangkok

MENGINAP di hotel-hotel warisan bukan sahaja membawa pengunjung menyusuri sejarah, malah memberi peluang mencipta kenangan bergambar yang tidak ternilai. 

Bayangkan bergambar di koridor marmar putih Raffles, Singapura, menikmati kopi pagi di bawah siling berukir Sofitel Legend Metropole, Hanoi, Vietnam atau bersantai di tepi Sungai Chao Phraya berlatarbelakangkan siluet Mandarin Oriental, Bangkok, Thailand.

Hotel-hotel ini menawarkan suasana sempurna untuk menghasilkan foto yang bukan sahaja cantik, malah penuh karakter dan cerita.

BACA LAGI: 'Kerja, cari pengalaman dulu', pengasas KLFW tegur pereka muda gopoh buka label sendiri sebaik tamat belajar

BACA LAGI: Puteri sulung Sultan Terengganu tamat pengajian ijazah bidang tekstil, inspirasi anak muda perkasa warisan negara

Biarkan visual sinematik bercerita menerusi seni bina klasik, hiasan dalaman elegan dan landskap semula jadi yang menjadikan setiap gambar seperti babak filem era lama.

Bagi yang menghargai seni dan sejarah, Majoriti mencadangkan senarai hotel-hotel warisan berusia lebih 100 tahun di sekitar Asean. 

1. Raffles, Singapura (1887)

Hotel bersejarah dengan seni bina kolonial serba putih, veranda klasik dan taman tropika. Ambil gambar bergaya klasik tropika di kawasan taman dalamnya pada waktu pagi yang suasananya lebih tenang. 

Melangkah masuk ke hotel Eastern & Oriental di P.Pinang, seolah-olah kembali ke era klasik.

2. Eastern & Oriental Hotel, P.Pinang, Malaysia (1885)

Struktur kolonial ini salah satu daripada rangkaian hotel mewah yang diasaskan oleh adik-beradik Sarkies. Berdiri di hadapan bangunan neoklasik dengan pemandangan laut Selat Melaka. 

Nikmati pengalaman menaiki beca mengelilingi kawasan sekitar hotel Sofitel di Hanoi, Vietnam. 

3. Sofitel Legend Metropole, Hanoi, Vietnam (1901)

Gabungan aura Paris lama dengan sentuhan Vietnam yang artistik. Ambil flatlay kopi di ‘La Terrasse’ atau potret bersandar di jendela kayu vintaj. Tema gaya hidup kafe, klasik Eropah di Asia.

4. Mandarin Oriental, Bangkok, Thailand (1876)

Hotel tertua di Thailand ini menawarkan panorama sungai dan bilik dengan kain sutera Thai. Pose di tepi kolam renang saat matahari terbenam dengan siluet Bangkok untuk efek 'golden hour'.

Ratu cantik Filipina yang menyandang mahkota Miss Universe 2015, Pia Wurtzbach bergambar kenangan di hotel Raffles, Siem Reap, Kemboja. 

5. Raffles Grand Hotel d’Angkor, Siem Reap, Kemboja (1932)

Dekorasi kolonial Perancis di tengah keindahan semula jadi kota purba, Angkor. Ambil angle gambar secara perspektif, sewaktu menelusuri laluan kolam dengan bayang-bayang pokok besar. 

Beberapa tip merakam gambar media sosial agar hasilnya menarik adalah penggunaan aksesori fesyen yang dominan sebagai prop contohnya topi lebar, beg anyaman atau bunga segar.

Waktu penggambaran pula sebaiknya pada awal pagi atau lewat petang untuk pencahayaan semula jadi terbaik. 

Cari sudut unik yang penuh karakter seperti jendela lama, tangga spiral atau lounge berdekor antik. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram

Artikel Berkaitan: