Lapisan ozon makin menipis, tak relevan amal petua jemur bayi jaundis


  • Bonda
  • Jumaat, 25 Jul 2025

Petua menjemur bayi jaundis masih menjadi amalan segelintir masyarakat hari ini. — Gambar hiasan/Agensi

PETUA nenek moyang cukup sinonim dengan budaya serta kepercayaan masyarakat melayu biarpun dunia sudah memasuki zaman serba canggih.

Dari segi kesihatan mahupun tip awet muda, masing-masing mempunyai amalan dan kaedah tersendiri yang masih dipraktikkan segelintir individu terutamanya golongan berusia hari ini.

Tidak terkecuali, wanita yang baru melahirkan zuriat juga mempunyai beberapa pantang larang dan petua perlu dijalani bagi mencegah sebarang isu kesihatan pada tubuh badan mahupun si bayi.

BACA LAGI: 'Bukan tak mahu, tapi tak mampu', Nina kongsi pengalaman isu susu badan vs formula

BACA LAGI: 'Tak tau mana nak cari kesabaran', ibu hampir putus jaga anak 'mild' autism, mohon doa terus kuat

Antara yang masih menjadi amalan hingga ke hari ini adalah petua menjemur bayi sebagai salah satu langkah mengatasi penyakit kuning ataupun jaundis.

Berdasarkan kajian santifik, jelas membuktikan kaedah itu langsung tidak memberi sebarang manfaat mahupun membaik pulih isu kesihatan tersebut yang cukup lazim di kalangan bayi baru lahir.

Namun, atas dasar kepercayaan golongan terdahulu, ia masih menjadi amalan dan dianggap sebagai solusi serta rawatan 'percuma' kepada masalah berkenaan.

Lantang menyuarakan pendapat berhubung hal itu, Pakar Penjagaan Kesihatan Ibu dan Wanita Dr. Alia Zafira Zaferi berkata, kaedah tersebut sudah tidak relevan dengan situasi zaman sekarang.

Dr. Alia Zafira menegaskan petua menjemur bayi jaundis kurang relevan dengan situasi zaman sekarang.

 

Jelasnya, isu perubahan cuaca dan penipisan lapisan ozon perlu dipertimbangkan sebelum melakukan petua sedemikian.

"Kalau kuning terlampau tinggi, dia boleh menyebabkan banyak isu lah dan yang paling teruk boleh menyebabkan kematian.

"Tapi sebab itu kalau ada demam kuning jaundis, jangan jemur bayi dekat luar, jangan sebab kita tak tahu what is the level of kuning tu and also nowadays, kita punya lapisan ozon sudah menipis.

"Matahari yang kita dapat tu, it's not just matahari, dia ray UV yang mungkin membahayakan kesihatan bayi, lebih baik dapatkan rawatan pakar," katanya dalam satu temu bual eksklusif bersama Majoriti.

Tambahnya, faktor bayi jaundis dari sudut pandangan saintifik dan perubatan adalah disebabkan perbezaan kumpulan darah ibu bapa yang berbeza.

"Kalau baby you ada kuning, mesti ada sebab lah dan salah satu sebab yang paling ketara adalah kumpulan darah ibu dan kumpulan darah bayi tak sama," jelasnya.

Ketidakserasian kumpulan darah ABO

Bayi mewarisi jenis darah berbeza daripada ibunya, khususnya dalam kes ketidakserasian kumpulan darah ABO berisiko tinggi mengalami komplikasi kesihatan.

Kajian antarabangsa menjelaskan, penyakit jaundis, anemia dan sistem imun yang lemah merupakan antara penyakit isu kesihatan ketara sejurus selepas kelahiran.

 

Tumbesaran dan perkembangan bayi banyak bergantung kepada kesihatan ibu. — Gambar hiasan/Agensi

Hal itu terjadi apabila bayi yang memiliki darah jenis A, B atau AB dilahirkan oleh ibu yang mempunyai darah jenis O.

Ia sekali gus mengakibatkan tindak balas imun dalam tubuh bayi apabila antibodi ibu menyerang sel darah merah yang mengakibatkan kerosakan sel darah serta simptom kesihatan.

Petua jamu dan ubatan tradisional

Turut mengulas isu pengambilan jamu dan produk kesihatan dalam kalangan ibu hamil di luar sana, pemilik Femma Clinic di Mont Kiara, Kuala Lumpur itu menegaskan sesuatu produk itu perlulah mendapat pengesahan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum diamalkan.

Jelasnya, kebanyakan pil jamu di pasaran menjanjikan kesihatan jangka masa panjang sebelum dan selepas ibu bersalin termasuklah bagi merawat luka kelahiran c-zer.

Namun, setiap individu menurutnya memiliki tahap kesihatan berbeza dan tidak semua produk itu sesuai diambil dalam tempoh hamil.

 

 

"Semua luka, terutamanya lepas pembedahan memang kena jaga, it needs like delicate care.

"Especially kalau luka c-zer, bila awak baru lepas bersalin, awak pun penat dah bersalin, masuk OT (operation theatre) semua tu dengan bayi baru semua, it's understandable sometimes you have this complication.

"Ada beberapa macam supplement yang saya nampak especially wanita sekarang banyak makan yang itu semua supplement yang kita ambil mesti kena number one diluluskan oleh KKM and number two is back up medically and scientifically.

"Jamu semua itu saya a bit sceptical sikit tapi some of them might work but most of them damage to the kidneys and liver," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram