Kantoi curang di konsert Coldplay, isteri CEO Astronomer bakal peroleh aset harta lebih RM200 juta jika berpisah


  • Maya
  • Jumaat, 18 Jul 2025

Megan Kerrigan didakwa bakal memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya ekoran insiden yang berlaku.

KECOH di laman sosial apabila Ketua Pegawai Eksekutif syarikat teknologi data Astronomer, Andy Byron didakwa curang dengan seorang wanita yang juga merupakan Ketua Pegawai Sumber Manusia di syarikatnya.

Dirakam tanpa sengaja pada konsert kumpulan rock dari British, Coldplay, kedua-duanya dilihat saling berpelukan mesra sekali gus menjejaskan imej profesional individu berpengaruh itu.

Hangat diperkatakan warga maya ketika ini, spekulasi kuat mengatakan bahawa isterinya, Megan Kerrigan Byron bakal memfailkan perceraian dalam masa terdekat susulan isu yang berlaku.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Awak paling cantik tanpa solekan', Kylie Jenner tidak izinkan anak kecilnya bersolek, belum masanya

BACA LAGI: Tiada istilah lelaki 'lebih bersih', ketahui hukum najis ringan dan kaedah pembersihan air kencing bayi bawah 2 tahun

Video berdurasi beberapa saat itu terus meraih jutaan tontonan dan menjadi antara perbualan paling hangat di platform X dan TikTok setakat ini.

Dalam pada itu, Megan masih berdiam diri dan belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi di laman sosialnya.

Namun, warga maya sudah mula mengkaji dan menilai anggaran harta sepencarian yang bakal diperoleh warga pendidik di Sekolah Bancroft dekat Worcester, Massachusetts, Amerika Syarikat (AS) tersebut sekiranya perceraian benar-benar berlaku.

Harta kekayaannya dianggarkan bernilai AS$20 juta (RM85 juta) hingga AS$70 juta (RM298 juta) dan kiraan tersebut berkemungkinan besar akan dimiliki isterinya jika Byron didapati benar-benar bersalah.

Sementara itu, Byron dalam satu kenyataan menyifatkan insiden tersebut sebagai kesilapan peribadi dan mengakui tindakannya telah mengecewakan ramai pihak.

Beliau turut mengambil tanggungjawab penuh dan memohon ruang untuk memperbaiki keadaan.

"Hal yang sepatutnya menjadi malam muzik dan kegembiraan telah bertukar menjadi satu kesilapan peribadi mendalam, malah berlaku di pentas yang sangat terbuka.

"Anda semua layak menerima lebih baik daripada saya sebagai pasangan, bapa dan pemimpin,” ujarnya menambah beliau kini mengambil masa untuk bermuhasabah dan menentukan langkah seterusnya, baik dari segi peribadi mahupun profesional. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram