
TIDAK semua perceraian dalam sesebuah perkahwinan berlaku disebabkan oleh faktor yang kompleks.
Perpisahan boleh terjadi atas pelbagai punca seperti masalah komunikasi, tekanan kewangan, perbezaan nilai hidup, campur tangan pihak ketiga, isu kepercayaan ataupun kesihatan mental yang tidak ditangani dengan baik.
Namun hakikatnya, satu lagi elemen yang semakin relevan dalam era hari ini adalah gaya perbualan maya antara individu berlainan jantina.
BACA LAGI: Berbulan jadi hamba seks selepas maklumat sulit jatuh ke tangan 'predator' seksual
BACA LAGI: Berbulan jadi hamba seks selepas maklumat sulit jatuh ke tangan 'predator' seksual
Berdasarkan perkongsian peguam syariah dikenali sebagai Shazril, walaupun chatting nampak seperti komunikasi biasa, ia boleh menjadi ‘pintu masuk’ kepada godaan emosi jika tidak dikawal dengan baik.
Justeru sebagai langkah pencegahan, Shazril mencadangkan beberapa panduan asas yang boleh diamalkan oleh individu yang sudah berumahtangga:
1) Elakkan chatting dengan individu berlainan jantina kecuali atas urusan kerja.
2) Had perbualan setakat perlu sahaja.
3) Jangan gunakan ikon muka (emoji) yang menunjukkan emosi berlebihan.
4) Segera tamatkan perbualan untuk elak ia berlarutan.
5) Kekalkan nada profesional sepanjang perbualan.
6) Elak penggunaan ayat manja, rengekan atau bermesej dua makna.
7) Hindari chatting di luar waktu kerja.
8) Jangan berkongsi hal peribadi melalui mesej.
9) Jauhi pujian berlebihan yang boleh membuka ruang perasaan.
Ramai tidak sedar bahawa perbualan santai boleh berubah menjadi keterikatan emosi tanpa disedari, terutama apabila melibatkan pujian, emoji atau perbualan peribadi yang melepasi batas kerja.
Era digital membawa pelbagai kemudahan, namun juga cabaran baharu kepada institusi perkahwinan.
Dalam dunia yang semakin terbuka ini, sempadan komunikasi perlu lebih dijaga agar tidak membawa padah dalam hubungan yang sah. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram