EKSKLUSIF

Berbulan jadi hamba seks selepas maklumat sulit jatuh ke tangan 'predator' seksual


  • Massa
  • Isnin, 03 Jan 2022

ALI dipaksa menjadi hamba seks berbulan lamanya. — Gambar hiasan/Agensi

PREDATOR seks tidak pernah berhenti memburu mangsa dan kini mereka dilihat mengambil kesempatan untuk mencari dan memperdaya mangsa yang gigih mencari rezeki di platfrom media sosial.

Berkongsi pengalamannya menjadi mangsa gangguan seksual, seorang pemuda yang hanya ingin dikenali sebagai Ali, 20, mendakwa, dia pada mulanya mempromosikan jualan Takoyaki di akaun Facebooknya sebelum dia didekati seorang 'Datuk' yang menjanjikannya peluang pekerjaan sebagai duta sebuah 'produk'.

“Masa itu saya promote Takoyaki di Facebook kemudian ada seorang ni add saya dan dia tanya kalau saya berminat untuk jadi duta produk dia. Saya seronoklah. Lepas itu dia hantar maklumat dan info perniagaan dia.

“Masa itu saya yakin dan percaya bila tengok maklumat yang dia bagi, jadi saya kata berminat. Hari yang sama dia kata dia nak bawa saya bercuti dengan 'team business' dia sekali dengan casting untuk model yang akan diadakan di Pulau Kapas, Terengganu,” katanya.

Menurut Ali, dia yang tidak mengesyaki apa-apa bersetuju dengan pelawaan itu, dan individu terbabit dakwanya sanggup datang dari Cameron Highlands untuk menjemputnya di Pulau Pinang sebelum mereka menuju ke Kelantan untuk mengambil team business sebelum meneruskan perjalanan ke Terengganu.

Katanya, mereka tiba ke destinasi yang dituju pada pukul dua pagi keesokkan harinya.

'DATUK' tersebut cuba memancing Ali dengan menawarkan kerja kepadanya.

Menurut Ali, dia mula rasa pelik apabila individu terbabit menempah hanya dua bilik, satu untuk pembantu peribadinya, manakala sebuah lagi bilik untuk mereka berdua.

“Masa tu saya rasa pelik tapi saya husnudzon lagi, lepas solat,saya nak tidur dia suruh saya buka seluar dalam dan pakai kain pelikat, jadi saya ikutkan saja.

“Masa baring dia soal saya, 'Awak dah hafal ke aura yang saya suruh kamu hafal tadi?'. Benda ni dia suruh saya google pasal aura. Katanya ada lebih tujuh aura, lepas tu dia tanya 'aura dekat kemaluan saya ni aura apa?'.

“Saya jawab, kemudian dia terus 'pegang', masa tu saya memang terkedu dan tak tahu nak buat apa, dia 'pegang' dan kata nak transfer aura. Dia macam merapu, kemudian dia suruh saya hisap dadanya sambil dia raba kemaluan saya,” katanya dan mendakwa perbuatan tersebut berlangsung sekitar dua jam.

Ali yang juga seorang pelajar mendakwa, dia menjadi hamba seks kepada individu terbabit sejak Mac hingga Julai 2021.

“Dia buat saya macam hamba seks untuk puaskan nafsu tapi dengan ayat sebagai 'rakan bisnes', tapi saya tak dibayar satu sen untuk kerja dengan dia dan dia bawa saya merentas negeri sesuka hati bila dia nak.

“Setiap malam stay hotel buat benda sama, saya pernah beritahu dia cara elok yang saya tak selesa tapi dia ugut kata nak sebarkan kisah silam saya dengan ex saya kemudian masukkan saya dalam lokap,” katanya.

Ali diugut 'Datuk' terbabit.

Ali bagaimanapun akhirnya membuat keputusan untuk melaporkan kepada pihak berkuasa.

“Polis suruh saya block dia. Sampai sekarang memang tak dengar berita pasal dia,” jelasnya.

Menurut Ali, semakan melalui laman web Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) mendedahkan bahawa beberapa aduan telah dibuat ke atas nombor yang digunakan individu terbabit.

“Rasanya saya ni mangsa yang ke berapa pun tak tahu sebab sebelum ni saya pernah semak dalam sistem JSJK dan ada beberapa aduan.

“Cuma sistem tersebut tak tunjuk aduan yang dibuat,” jelasnya.

Menurut Ali, dia memilih untuk berkongsi kisah hitam yang menimpa dirinya agar masyarakat di luar sana boleh mengambil iktibar untuk sentiasa berhati-hati ketika berurusan dengan individu yang tidak dikenali melalui media sosial.

“Pastikan buat research betul-betul sebelum terima kerja, kena ada polisi dan kalau dapat mesej yang mengarut just ignore, block atau ambil tindakan bertanggungjawab yang lain.

“Jangan buat keputusan terburu-buru dan jangan sesekali dedahkan hal peribadi dan maklumat sensitif kepada orang yang kita tak kenal walaupun individu terbabit nampak macam boleh percaya,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram