[VIDEO] 'Ini bukan filter', Uorfi tahan sakit, bibir bengkak teruk lepas prosedur buang 'filler'


  • Gaya
  • Selasa, 22 Jul 2025

Uorfi berkongsi wajah membengkak (kanan) selepas menjalani prosedur membuang bahan suntikan pada bibir. 

BUKAN lagi fesyen pelik menjadi tumpuan, personaliti media sosial, Uorfi Javed kali ini mencuri perhatian ramai kerana keberanian berkongsi wajah membengkak selepas menjalani prosedur buang bahan suntikan pada bibir. 

Menerusi hantaran di Instagram pada Ahad, Uorfi menceritakan detik perit ketika menjalani pembuangan filler yang telah berada pada bibirnya selama sembilan tahun.

Dalam video tersebut, wajahnya jelas kelihatan bengkak dan menahan kesakitan ketika doktor menyuntik ubat ke kawasan bibir.

BACA LAGI: Bekas isteri jangan diam diri lepas cerai, peguam jelaskan cara tuntut mut’ah, sagu hati wajib diberikan

BACA LAGI: Vila mewah Naomi Campbell buat ramai terkejut, lengkap 4 kolam dan laluan terus ke laut

Namun, di sebalik kesakitan yang ditanggung, Uorfi tetap melemparkan senyuman kepada kamera iaitu sesuatu dianggap ramai sebagai satu bentuk keberanian luar biasa.

“Ini bukan filter. Saya buang filler kerana selama ini ia diletakkan di tempat yang salah. Saya akan buat semula nanti. Saya tak menentang penggunaan filler langsung. Tapi pembuangan filler memang menyakitkan. Penting untuk cari doktor yang betul. Doktor-doktor di klinik mewah selalunya tak tahu apa-apa,” tulis Uorfi di kapsyen.

Pendedahan itu telah mencetuskan perbualan hangat dalam kalangan warga maya. 

Ada yang memuji keberanian Uorfi yang sanggup berkongsi sisi buruk dunia kecantikan, bukan sekadar rupa cantik kerana filter di media sosial.

“Ia memerlukan keberanian yang luar biasa untuk menunjukkan semua ini," kata Sanjana.

“Memang berani bila seseorang sanggup tunjuk rakaman sebenar tanpa tapis macam ni," kata Themagicpeach. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram