Azhar Sulaiman titip rasa syukur, 3 anak tamat belajar 'overseas', dah mula bekerja


  • Hiburan
  • Selasa, 22 Jul 2025

Azhar Sulaiman berbangga apabila ketiga-tiga anaknya berjaya menggenggam ijazah di peringkat akademik.

"SEJAK awal lagi we've wished that all of our children akan mengikut jejak kami".

Demikian luah bangga dan gembira pelakon otai, Azhar Sulaiman, 54, susulan pencapaian ketiga-tiga anaknya yang berjaya menggenggam skrol ijazah pengajian universiti luar negara.

Menyifatkan ia sebagai kejayaan turun-temurun, pelakon filem Bisikan Cinta (1995) itu dan pasangannya, Chempaka Emalin Pahamin juga merupakan graduan pengajian antarabangsa satu ketika dahulu.

BACA LAGI: [VIDEO] Kanser prostat makin pulih, Kieran mahu terus bergelar DJ, bangga FBI-Farah Fauzana masih aktif di radio

BACA LAGI: [VIDEO] Turut terlibat Ejen Ali, M. Nasir belum ‘angkat kaki’ dari dunia lakonan, tunggu masa sesuai ‘comeback

Bagai peribahasa 'ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi', ketiga-tiga anaknya iaitu Kasih Leia Ixora, 26, Kasih Iris Leona, 23, dan Andika Rees Pahamin, 23, masing-masing mewarisi gen bijak ibu bapanya yang juga menimba ilmu hingga ke menara gading.

"Syukur Alhamdullillah semua sudah tamat belajar dengan jayanya dan sudah mula bekerja.

"Looking forward to buy more fun toys for myself lepas ni and for my cucus of course," kongsinya di laman Facebook pada Selasa.

 

 

Terbaharu, Leona mencuri perhatian ramai apabila tampil berbusana tradisional kebaya pada hari graduasinya di University of Bath, England dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan.

Merupakan antara yang paling dikenali dalam kalangan tiga beradiknya, Leona gemar berkongsi tip fesyen dan hobinya di laman sosial sekali gus menjadikannya antara pempengaruh popular di Malaysia.

 

 

Sementara itu, anak sulungnya Kasih Leia Ixora juga berjaya memperoleh kejayaan dalam bidang akademik menerusi Ijazah Sarjana Muda dalam Perhubungan Antarabangsa di University of Nottingham, England.

Tidak terhenti di situ, Ixora juga turut memperoleh Sijil Penghargaan dari universiti berkenaan atas sumbangannya kepada projek sebagai Pembantu Penyelidik dari Julai 2022 hingga Januari 2023.

Penghargaan diraih Ixora dari University of Nottingham sebelum ini.

 

 

Projek berkenaan mengenai Kajian Penilaian Pantas Luar Bandar melibatkan Orang Ali Jakun Hutan Paya Gambut di Pahang dan kini, Ixora aktif membantu penyelidikan luar bandar selain pernah bertugas sebagai penulis diThe Daily Seni sekitar 2018.

Merupakan kembar kepada Leona, Andika Rees sebelum ini turut mencipta kejayaan apabila menggenggam Ijazah Sarjana Muda Maritime Business and Law, Solent University di England pada 2023.

Berwajah kacak persis bapanya yang juga merupakan peserta program realiti Hero Remaja satu ketika dahulu, Rees kini difahamkan telah mula bekerja di firma undang‑undang tempatan dan mewarisi empayar syarikat guaman ibunya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram